Memaparkan catatan dengan label Review. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Review. Papar semua catatan

Aku Terima Nikahnya, OST - Tiada Kasih Tiada Cinta

on Sabtu, 13 Oktober 2012

Assalamualaikum,

Semalam ZF ada pergi tengok filem Aku Terima Nikahnya... Walaupun ZF ni susah nak menagis tapi tersentuh jugak la dengan kata yang ungkapkan dari filem tu.. Ada jugak penonton yang menagis masa menonton ni...


Sedikit review filem AKU TERIMA NIKAHNYA dari ZF

Jika hendak dibandingkan dengan filem Ombak Rindu filem Aku Terima Nikahnya lebih menyentuh perasan dengan setiap ungkapan yang dituturkan. Filem ini dimulakan dengan babak penuh gembira dengan ikatan perkahwinan antara Arlisa lakonan Nora Danish dan Johan lakonan Adi Putra.

Kemudian semua itu menjadi mimpi ngeri bagi Arlisa selepas Johan kemalangan serta hilang ingatan disebabkan kemalangan yang berlaku. Bermula dari sini lah Pengarah cuba bermain dengan emosi penonton dimana Arlisa cuba untuk memulihkan ingatan suaminya itu.

Apa yang lebih menarik lagi apabila Johan mula mempunyai perasan terhadap kawan baik Arlisa sendiri iaitu Suriya lakonan Mon Ryanti. Tetapi dipengakhirannya adalah babak gembira kerana Johan sudah mengingati segala-galanya.

Apa-apa pown tahniah kepada pengarah filem ini kerana berjaya menyentuh perasan penonton..



Antara babak yang akan buat korang geram dalam cerita ni adalah dimana Arlisa yang tengah dahagakan pelukan Johan datang dari belakang dan berkata "abang...sayang rindu sangat dekat abang" (sambil memeluk dari belakang)

Johan dalam pada masa yang sama melepaskan tangan Arlisa dari pelukannya sambil berkata "maaf saya belum bersedia"

derm.. derm..!!! tak boleh belah..hahahahaha...


Dan babak yang buat semua penonton tergelak adalah watak Doktor yang merawat Johan yang dibawa oleh Diana Amir. Tak tahu la kenapa... Mungkin sebab watak tu tidak sesuai dilakonkan oleh Diana Amir kot..

Meh layan dulu Trailer dan ost filem dulu sebelum ke panggung..

Trailer


Aku Terima Nikahnya OST - Tiada Kasih Tiada Cinta

10 Filem Terbaik Tempatan 2011

on Rabu, 18 Januari 2012

Assalamualaikum,


Tahun 2011 menyaksikan banyak filem tempatan yang berjaya mendapat kutipan tertinggi dan sambutan luar biasa daripada penonton. Ia merupakan petanda baik buat semua penggiat seni tanah air untuk sentiasa memantapkan karya mereka bagi tatapan penggemar filem.
Mari kita saksikan sepuluh filem tempatan yang mendapat kutipan tertinggi sepanjang tahun 2011 mengikut carta yang diambil daripada laman sesawang Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).





KL GANGSTER
Pada saat ini, filem arahan Syamsul Yusof merupakan filem tempatan yang mendapat kutipan tertinggi. "KL Gangster" yang diterajui oleh Aaron Aziz, Adyputra dan juga Syamsul sendiri ini berkisarkan permusuhan dunia samseng di ibu kota. Filem ini telah berjaya mendapat kutipan RM11.74 juta dan kejayaan "KL Gangster" tidak berhenti di situ sahaja apabila Syamsul diangkat sebagai Pengarah Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-24. Ia secara tidak langsung membuktikan bahawa penggemar filem dahagakan filem aksi selepas industri filem dikuasai oleh genre seram satu ketika dulu.

OMBAK RINDU
Berjaya mendapat kutipan sebanyak RM10.9 juta secara keseluruhan, filem arahan Osman Ali yang diadaptasi daripada novel karya Fauziah Ashari ini berjaya mencipta satu fenomena apabila ia ditayangkan di pawagam pada 1 Disember 2011. Menggandingkan pelakon hebat dan popular seperti Maya Karin, Aaron Aziz, Lisa Surihani dan Bront Palarae, "Ombak Rindu" menyaksikan perjalanan kisah hidup Izaah yang penuh dengan onak dan duri.

HANTU BONCENG
Filem yang menggandingkan aktor kelakar Zizan Raja Lawak dan aktres Juliana Evans ini dikatakan berjaya mencipta 'hubungan cinta' antara dua peneraju utamanya apabila dilihat mesra bersama. Filem arahan Ahmad Idham ini telah berjaya mendapat kutipan sebanyak RM8.53 juta, mempertaruhkan genre yang menjadi kegilaan penonton tempatan iaitu komedi seram. "Hantu Bonceng" mengisahkan seorang mat rempit yang diganggu oleh hantu wanita yang mati dalam satu kemalangan ketika bersamanya.

KONGSI
Filem arahan Farid Kamil ini merupakan saingan hebat buat filem "KL Gangster" arahan Syamsul Yusof ketika Festival Filem Malaysia ke-24 tahun lalu. Malah apabila Syamsul dinobatkan sebagai Pengarah Terbaik, muncul khabar angin kononnya Farid tidak berpuas hati. Walaubagaimanapun "Kongsi" telah berjaya mendapat kutipan sebanyak RM8.09 juta. Tidak dinafikan jalan cerita yang menarik, elemen komedi yang diselitkan dan semestinya peneraju utama Shaheizy Sam adalah tarikan filem "Kongsi" mendapat perhatian ramai. Ia mengisahkan seorang pembunuh upahan yang ditugaskan membunuh setiap ketua kongsi gelap di Malaysia.

KHURAFAT
Ini merupakan filem kedua arahan Syamsul Yusof yang berjaya mencatat kutipan tinggi untuk tahun 2011. Ditayangkan pada awal Januari, ia berjaya mencatat kutipan lebih RM8 juta. Dilakonkan oleh Syamsul sendiri bersama aktres muda Liyana Jasmay, memang tidak dinafikan keunikan jalan ceritanya serta imej seram yang begitu efektif menjadi tarikan utama penggemar filem ke panggung, walaupun pasti ada yang mempertikaikan kesesuaian dan keserasian antara pasangan ini.

HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA
"Hikayat Merong Mahawangsa" (HMM) pernah dikatakan 'tidak layak' diangkat sebagai Filem Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-24 tahun lalu. Walaupun berjaya mendapat kutipan sebanyak RM6.5 juta di Malaysia dan kurang daripada apa yang disasarkan, filem ini dilaporkan tidak begitu mendapat sambutan di peringkat antarabangsa. Walaubagaimanapun pujian harus diberikan kepada KRU Studios kerana mengambil langkah berani untuk menghasilkan filem yang sarat dengan teknik penjanaan imej berkomputer (CGI) ini dan ia merupakan sesuatu baru kepada industri filem tempatan.

NUR KASIH THE MOVIE
Kisah percintaan Adam dan Nur Amina ini berjaya mendapat kutipan sebanyak RM4.93 juta. Diadaptasi daripada drama bersiri "Nur Kasih", filem arahan Khabir Bhatia ini sememangnya dinanti-nantikan oleh pengikut "Nur Kasih" yang ingin mengetahui kesudahan kisah Adam dan Nur. Begitu hebat penangan kisah ini sehinggakan peneraju utama, Remy Ishak dan Tiz Zaqyah kini menjadi pasangan kekasih di sebalik tabir.

BINI-BINIKU GANGSTER
Sebelum ini mereka pernah digandingkan bersama dalam filem "Adnan Sempit". Kini Shaheizy Sam, Yana Samsudin dan Intan Ladyana digandingkan sekali lagi filem arahan Ismail Bob Hashim berjudul "Bini-Biniku Gangster". Hasilnya, filem ini berjaya mendapat kutipan RM4.71 juta. Filem ini mengisahkan seorang lelaki yang beristeri dua tidak mengetahui bahawa kedua-dua isterinya adalah ketua gangster untuk dua kumpulan yang bermusuh. Skrip filem "Bini-Biniku Gangster" adalah hasil garapan Yana Samsudin sendiri.

KARAK
Filem bergenre seram terbitan KRU Studios ini berjaya mendapat kutipan sebanyak RM4.28 juta. Filem arahan Yusry Abdul Halim ini menyaksikan kemunculan pertama juara "Akademi Fantasia" musim kelapan, Shahir. "Karak" mengisahkan sekumpulan pelajar yang mengikut Lebuhraya Karak untuk memintas kesesakan lalu lintas kerana perlu menghadiri kelas keesokannya.

SUATU MALAM KUBUR BERASAP
Filem bercorak komedi seram arahan Ernie Chen ini telah berjaya mendapat kutipan sebanyak RM3.99 juta walaupun ia bukanlah jumlah kutipan akhir kerana filem ini masih lagi ditayangkan di pawagam. Walaupun dikritik hebat kerana dikatakan tiada kelainan jika dibandingkan dengan filem komedi seram lain, "Suatu Malam Kubur Berasap" yang menampilkan Angah Raja Lawak dan Along Cham ini masih mendapat tumpuan di pawagam.




--->Ketahui cara bagaimana menjalani kehidupan yang sihat<---
--->Dapatkan Kaspersky Internet Security 2012 hanya RM27 sahaja<---
--->Mari serta komuniti forum paling tersentap diMalaysia di Sentap.net<---
---> Mahukan Samsung Galaxy W lihat sini dahulu<---
--->Jana pendapatan sampingan dengan churpchurp<---

BEOLIT 12 AirPlay Sound System Dari Bang & Olufsen

on Ahad, 15 Januari 2012

Assalamualaikum,

Sesiapa pown tahu zaman sekarang begitu canggih. Kecangihan itu dapat dilihat melalui penciptaan iPhone, iPad, iPod dan sebagainya. Semua peralatan ini menjadi kegilaan ramai, kadangkala seseorang itu sanggup bertindak melulu tanpa memikirkan apa yang akan terjadi semata-mata untuk mendapatkan teknologi ini.

Oleh itu pelbagai peranti tambahan dicipta untuk menyerlahkan lagi penggunaan teknologi ini. Jika sebelum ini ZF ada menulis entry peranti tambahan untuk iPhone dan iPod iaitu Megaphone Amplifier untuk iPhone dan iPod. Kali ini ZF nak berkongsikan dengan korang satu lagi peranti yang cool ini.



BEOLIT 12 AirPlay Sound System di ilhamkan daripada raga shopping. Peranti ini terdiri daripada 2.1 sound system dengan 4-inch sub-woofer. Peranti ini menggunakkan sambungan wireless untuk memainkan lagu dari iPhone, iPad dan lain-lain lagi. Ianya boleh didapati dalam 4 color iaitu Grey, Dark Grey,  Biru dan  Kuning.


DEMO


Cara nak Setup







--->Ketahui cara bagaimana menjalani kehidupan yang sihat<---
--->Dapatkan Kaspersky Internet Security 2012 hanya RM27 sahaja<---
--->Mari serta komuniti forum paling tersentap diMalaysia di Sentap.net<---
---> Mahukan Samsung Galaxy W lihat sini dahulu<---
--->Jana pendapatan sampingan dengan churpchurp<---

MegaPhone Amplifier untuk iPhone dan iPod

on Isnin, 19 Disember 2011

Assalamualaikum,


Untuk kali ini ZF nak berkongsikan dengan anda semua mengenai satu gadget yang cool khas untuk kegunaan iPhone dan iPod. Gedget ini dicipta oleh Italian design studio en & is. Gedget ini tidak memerlukan sumber kuasa dan dibuat sepenuhnya meggunakan tangan. Gedget ini boleh didapati dalam 3 warna iaitu Putih, Hitam dan Emas.














--->klik sini untuk Review IPhone 4s <---
--->Dapatkan Kaspersky Internet Security 2012 hanya RM27 sahaja<---
--->Mari serta komuniti forum paling tersentap diMalaysia di Sentap.net<---
---> MahukanSamsung Galaxy W lihat sini dahulu<---
--->Jana pendapatan sampingan dengan churpchurp<---

BoboiBoy superhero Malaysia.

on Isnin, 18 Julai 2011

السلام عليكم

Setelah satu hari mengeledah laman web Animonsta akhirnya dapat jugak ZF siapkan post ni untuk korang semua baca. Animonsta tu benda apa korang tanya. Ish..ish...ish... itu la syarikat yang bertanggung jawab untuk menghasilkan cerita superhero yang terbaru di Malaysia iaitu BoboiBoy. Kalau sebut BoboiBoy semua mesti ramai teringat tagline "Terbaekk" tukan??


BoboiBoy mula disiarkan di TV3 pada 13 Mac 2011 telah pun mendapat rating 1.5juta penonton sejak ia disiarkan. Pada mulanya penciptaan watak dalam siri kartun ini hanya dilakukan di sebuah apartmen di Bukit Jelutong dengan pada 15 september 2009 oleh tujuh orang sahaja. Kini meraka telah mempunyai pejabat sendiri di Cyberjaya.


Sebanyak 2.6 juta dibelanjakan bagi membagunkan siri animasi kartun ini iaitu 1.9 juta diberikan dari kerajaan. Lantaran sambutan yang tinggi oleh para peminat BoboiBoy sering dibandingkan dengan siri kartun terkenal Upin & Ipin. Oleh itu Pengarah Upin & Ipin, yang juga Pengarah Urusan Animonsta Studios, Mohd Nizam Abd Razak berkata, siri animasi BoBoiBoy dicipta bukan untuk bersaing dengan mana-mana produksi. 


Original Concept pada tahun 2009


Watak-watak lain dalam animasi BoboiBoy. 
Emperor tu adalah Maharaja kepada Adu du.



BoboiBoy Kilat telah bertukar kepada BoboiBoy Halilintar


Artikel Boboi dalam beberapa buah buku dan akhbar





Sumber:  

Botak bercinta dengan Cikgu Zakiah

on Ahad, 17 Julai 2011

السلام عليكم

Mesti ramai peminat Juvana diluar sana tertunggu akan Episod terakhir Juvana yang akan disiarkan esok. ZF sendiri pun tidak sabar untuk menunggu hari esok untuk menoton cerita Juvana. Pelbagai persoalan yang timbul difikiran ZF bila melihat review episod akhir ni antaranya adalah bagaimana kesudahan pergaduhan diantara Botak dan Daim??? adakah cikgu Zakiah akan dibunuh?? tentu korang pown terfikir benda yang samakan???

Okey lah ZF bukan nak menceritakan tentang rancangan tv yang popular ini... Tetapi ZF ingin berkongsikan cerita seperti tajuk diatas. Menurut sumber  Johan Arrif Asari (Botak)  dan Izreen Azminda yang melakonkan watak Cikgu Zakiah rupa-rupanya sedang melayan perasaan suka dengan kata lain bercinta!


Mungkin ini hanyalah cinta lokasi namun jika difikirkan mereka berdua tiada babak romantis kecuali babak simbah air ke muka dan maki-hamun sahaja. Agaknya, daripada pertentangan watak begitu, timbul perasaan cinta antara mereka. Sejauh mana cinta mereka itu tidak dapat dipastika. Menurut sumber juga rakan-rakan media sering menggandingkan mereka dalam satu fotografi dan mereka intim semacam sahaja.

Jangan lupa saksikan Episode Akhir Juvana Pada 17 Julai 2011 Jam 9.00 malam di TV3...

Kelebihan dan kekurangan Blogger in Draft

on Jumaat, 1 Julai 2011

السلام عليكم



Jika dalam post yang terdahulu ZF ada membuat pengenalan bagi Blogger in Draft jadi pada hari ini ZF ingin berkongsikan kelebihan dan kekurangan yang terdapat pada Blogger in Draft setelah satu hari ZF mengeledahnya terdapat beberapa kelebihan dan kekurangan dapat dilihat...

Kelebihan..

  1. Jaminan traffic yang tinggi kepada Blogger yang sering kali update. Ini kerana perkara pertama yang anda nampak ketika log in blogger ini tajuk entry yang terbaru berada pada kedudukan paling atas. Oleh itu bagi mereka yang mempunyai banyak idea dan follower pastinya memberikan jaminan traffic yang tingg..
  2. Simple dan mudah untuk dikendalikan. Nampaknya blogger telah banyak melakukan kajian tentang dashboard supaya lebih mudah dikendalikan. Seperti kita lihat pada gambar diatas draft ini cuma memaparkan button New Post dan Dashboard sahaja.
  3. Ruangan New post kelihatan seperti Microsoft Word. Ini lebih memudahkan seseorang yang sudah biasa menggunakan Microsoft Word untuk menulis New Post.
  4. Dapat meletakan Favicon dengan hanya dengan upload gambar sahaja.
Kekurangan..

  1. Cuba lihat pada entri terbaru blog blogger lain tu.. Gambar owner tu hilang kenapa yer.????
  2. Disebabkan terlalu simple seseorang pasti akan merasakan bosan kan?? Itulah yang akan berlaku sekiranya kita menggunakan Blogger in Draft ni dalam jangka masa yang lama.
  3. Jika dahulu kita dapat edit kod HTML pada template secara terus. Tetapi Blogger in Draft kita tidak dapat edit kod tersebut. Sebaliknya kita terpaksa edit sendiri menggunakan text editor dan upload semula...

Itu sahaja lah beberapa kelebihan dan kekurangan Blogger in Darft... Nak cuba guna???? klik sini





Tolong vote ZF yer untuk Blogger of the Year... Tekan gambar tu yer untuk undi....


Daim akan dibebaskan dari sekolah JUVANA

on Isnin, 27 Jun 2011

السلام عليكم


Wah betul ker ni.. Daim akan dibebaskan dari hukuman dari sekolah Juvana tu??? Ape anda tak tahu Daim tu sape??? Habis anda tahu botak jer ker??? Pun tak tahu gak???? Sah korang tak tengok cerita Juvana ni kat TV3... Rugi tau tak tengok best sangat-sangat. ZF tak pernah terlepas menontonnya.... Okey hari ni adalah episod ke 10 cerita Juvana... Ape yang berlaku yer??? Dari ape yang ZF tengok sudutan akan datang pada episod 9 sekolah tersebut akan mengadakan pertandingan Debat... dan yang paling ZF tertanya-tanya adalah Daim akan dibebaskan??? Sebab ape ZF cakap macam tu sebab dalam sudutan akan datang dalam episod 9 Shafizan itu lakonan adik Fimi menyatakan beliau mengetahui siapa pembunuh ibu dan bapa Daim... Apakah kesudahannya??? Mari kita saksikan sama-sama Jam 9 malam ini di TV3....



Tolong vote ZF yer untuk Blogger of the Year... Tekan gambar tu yer untuk undi....





Siapa Juara MAHARAJA LAWAK 2011???

on Jumaat, 24 Jun 2011

السلام عليكم


Tentu semua orang tertanya-tanya siapakah juara sulung Maharaja Lawak yang akan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM300,000? Semua itu akan terjawab malam ini kerana semua empat finalis Maharaja lawak akan melakukan persembahan terakhir di Stadium Malawati, Shah Alam.

Jika kita lihat 12 minggu berturut-turut undian sms lebih memihak kepada Johan dan Zizan (Jozan) mengalahkan pesaing-pesaingnya.

Namun jika dilihat dari persembahan sesemua Fanalis, ZF melihat persembahan kumpulan Sepah lebih konsisten hingga digelar Bujuang Lapuk Moden oleh juri tetap, Saiful Apek..

Tetapi tidak kurang hebatnya satu-satunya finalis solo dalam Maharaja Lawak iaitu Ahmad Nabil Ahmad atau selesa di panggil Nabil berpeluang juga untuk menjuarai Maharaja Lawak.

Manakala kumpulan Jambu iaitu gandingan Yus dan Taukeh diberikan peluang kedua selepas tersingkir pada Minggu ke-12 tetapi pihak juri memutuskan untuk menggunakan imuniti.

Juara Maharaja Lawak akan ditentukan melalui 50% markah yang diberikan oleh juri dan 50% lagi menerusi undian penonton. Jadi tunggu ape lagi undilah finalis Maharaja Lawak pilihan anda untuk membantu mereka untuk menjuarai Maharaja Lawak Astro 2011....

Jangan lupa saksikan persembahan akhir finalis Maharaja Lawak malam ini..... 




Tolong vote ZF yer untuk Blogger of the Year... Tekan gambar tu yer untuk undi....

Titanic 2 "Jack is back"

on Rabu, 25 Mei 2011

السلام عليكم

Sekarang ni ZF nak kongsikan dengan korang tentang cerita TITANIC 2....



Setelah berabad lamanya kapal titanic karam. Ramai yang telah cuba mencari kebenaran disebalik kapal terbesar di dunia itu. Jika dalam cerita kapal titanic  yang pertama mengisahkan tentang dua perkara utama iaitu percintaan antara Jack dan kekasihnya dan bagaimana kapal titanic itu karam. Titanic 2 mengisahkan bagaimana Jack datang kembali untuk mencari kekasih lama itu. Kisah ini bermula dengan penemuan bongkah ais yang terdapat tubuhnya Jack oleh sekumpulan pengkaji. Selepas bongkah ais itu dicairkan ternyata Jack masih lagi hidup namun dia dikurung dalam satu bilik. Jack cuba untuk meloloskan diri dari bilik tersebut. Setelah Berjaya Jack menjadi buruan Polis dalam masa yang sama juga Jack berusaha mencari kekasih lamanya. Adakah Jack Berjaya menemui kekasihnya itu????? 

Nak tahu jawapannya??? tanya la Atuk Google or Opah Yahoo or Ayah Bing sendiri....

Atau

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
v
tengok jer trailer ni..






Tolong vote ZF yer untuk Blogger of the Year... Tekan gambar tu yer untuk undi....