Aku Terima Nikahnya, OST - Tiada Kasih Tiada Cinta

on Sabtu, 13 Oktober 2012

Assalamualaikum,

Semalam ZF ada pergi tengok filem Aku Terima Nikahnya... Walaupun ZF ni susah nak menagis tapi tersentuh jugak la dengan kata yang ungkapkan dari filem tu.. Ada jugak penonton yang menagis masa menonton ni...


Sedikit review filem AKU TERIMA NIKAHNYA dari ZF

Jika hendak dibandingkan dengan filem Ombak Rindu filem Aku Terima Nikahnya lebih menyentuh perasan dengan setiap ungkapan yang dituturkan. Filem ini dimulakan dengan babak penuh gembira dengan ikatan perkahwinan antara Arlisa lakonan Nora Danish dan Johan lakonan Adi Putra.

Kemudian semua itu menjadi mimpi ngeri bagi Arlisa selepas Johan kemalangan serta hilang ingatan disebabkan kemalangan yang berlaku. Bermula dari sini lah Pengarah cuba bermain dengan emosi penonton dimana Arlisa cuba untuk memulihkan ingatan suaminya itu.

Apa yang lebih menarik lagi apabila Johan mula mempunyai perasan terhadap kawan baik Arlisa sendiri iaitu Suriya lakonan Mon Ryanti. Tetapi dipengakhirannya adalah babak gembira kerana Johan sudah mengingati segala-galanya.

Apa-apa pown tahniah kepada pengarah filem ini kerana berjaya menyentuh perasan penonton..



Antara babak yang akan buat korang geram dalam cerita ni adalah dimana Arlisa yang tengah dahagakan pelukan Johan datang dari belakang dan berkata "abang...sayang rindu sangat dekat abang" (sambil memeluk dari belakang)

Johan dalam pada masa yang sama melepaskan tangan Arlisa dari pelukannya sambil berkata "maaf saya belum bersedia"

derm.. derm..!!! tak boleh belah..hahahahaha...


Dan babak yang buat semua penonton tergelak adalah watak Doktor yang merawat Johan yang dibawa oleh Diana Amir. Tak tahu la kenapa... Mungkin sebab watak tu tidak sesuai dilakonkan oleh Diana Amir kot..

Meh layan dulu Trailer dan ost filem dulu sebelum ke panggung..

Trailer


Aku Terima Nikahnya OST - Tiada Kasih Tiada Cinta

Ranking: 5

Lain-lain cerita yang menarik:-



Comments
4 Comments

{ 4 ulasan ... read them below or add one }

ZF berkata...

mungkin bagi awak x best bagi ZF best... dan itu adalah pendapat masing2... :)


13 Oktober 2012 pada 8:53 PTG
nurhaziqah_ikah berkata...

betol ke cite ni copy cite the vow? dh tgk dh cite the vow, mmg best & sedih .. ataupon kebetulan?


13 Oktober 2012 pada 9:04 PTG
ZF berkata...

yer xyer jugak la mmg sama jugak.... tah la take it positive... mybe kebetualan.... :)


13 Oktober 2012 pada 9:09 PTG

Catat Ulasan