Mesti ramai peminat Juvana diluar sana tertunggu akan Episod terakhir Juvana yang akan disiarkan esok. ZF sendiri pun tidak sabar untuk menunggu hari esok untuk menoton cerita Juvana. Pelbagai persoalan yang timbul difikiran ZF bila melihat review episod akhir ni antaranya adalah bagaimana kesudahan pergaduhan diantara Botak dan Daim??? adakah cikgu Zakiah akan dibunuh?? tentu korang pown terfikir benda yang samakan???
Okey lah ZF bukan nak menceritakan tentang rancangan tv yang popular ini... Tetapi ZF ingin berkongsikan cerita seperti tajuk diatas. Menurut sumber Johan Arrif Asari (Botak) dan Izreen Azminda yang melakonkan watak Cikgu Zakiah rupa-rupanya sedang melayan perasaan suka dengan kata lain bercinta!
Mungkin ini hanyalah cinta lokasi namun jika difikirkan mereka berdua tiada babak romantis kecuali babak simbah air ke muka dan maki-hamun sahaja. Agaknya, daripada pertentangan watak begitu, timbul perasaan cinta antara mereka. Sejauh mana cinta mereka itu tidak dapat dipastika. Menurut sumber juga rakan-rakan media sering menggandingkan mereka dalam satu fotografi dan mereka intim semacam sahaja.
Jangan lupa saksikan Episode Akhir Juvana Pada 17 Julai 2011 Jam 9.00 malam di TV3...