Memaparkan catatan dengan label remaja. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label remaja. Papar semua catatan

Panduan memilih baju untuk remaja

on Jumaat, 10 Februari 2012

Assalamualaikum,

REMAJA hari ini memang gemar menampilkan fesyen yang menarik dan sentiasa mengikut trend terkini. Tidak kira lelaki mahupun perempuan, mereka pasti ingin tampil bergaya di hadapan teman-teman.


Pelbagai fesyen boleh digayakan mengikut kesesuaian majlis atau bentuk tubuh namun harus diingat pemilihannya tidak keterlaluan.

Terdapat beberapa panduan memilih baju yang sesuai:

1- Untuk remaja, buat pertimbangan bentuk badan sebelum memilih pakaian yang dapat menyembunyikan kekurangan dan menonjolkan kelebihan pada tubuh.

2- Perhatikan fabrik yang digunakan sama ada selesa atau tidak ketika dipakai dan sesuaikan mengikut aktiviti atau majlis yang ingin dihadiri bagi meningkatkan keyakinan diri ketika dalam khalayak ramai.

3- Sebaiknya hindari penampilan yang berlebihan atau meniru gaya
dewasa, sebaliknya pilih pakaian yang dapat mencerminkan keperibadian positif diri.

4- Pilih pakaian berwarna cerah dan sesuai dengan kulit yang boleh dipadankan dengan warna semula jadi. Misalnya, baju berwarna terang seperti merah dipadankan dengan seluar atau skirt rona hitam atau putih.

5- Cari maklumat di Internet atau majalah mengenai fesyen terkini dan jika dipertimbangkan sesuai, boleh mencuba. Misalnya, bagi tubuh berbentuk lurus dan jam pasir, seeloknya pilih baju yang mementingkan bahagian pinggang.

Bagi mereka yang berbadan gempal, pemakaian gaun panjang membuatkan anda kelihatan tenggelam. Jadi, cara selamat pilih gaun yang sederhana panjang dan tidak terlalu ketat.

6- Fesyen yang menarik tidak semestinya berharga mahal tetapi mengikut kebijaksanaan teknik suai padan.

Tips hack and crack Awek-aweks

on Selasa, 11 Oktober 2011

السلام عليكم


Tahukah kamu bahwa awek pun boleh di hack??
Berikut adalah langkah-langkahnya….

1. Kumpul Info.
tool : kawan-kawan target, Yellow pages, Google, FB dsb..
Grinusage : nama, alamat, ttl dll..

2. Scanning Target.
tool : Teropong
Usage : 30 meter dari target, scan bahagian2 yg penting..

3. Cuba masuk ke system hati dan inject dengan kata-kata manis
tool : mulut, buku puisi
Usage : pandai2 lah cari topik nak cakap.

4. Bikin backdoor.
tool : HP
Usage : Rajin2 sms n call tiap2 malam

5. Buat akses Root
Tool : dompet tebal
Usage : jgn kedekut nak belanja

6. Lock the target
Tool : Mulut
Usage : Say I Love U…

7. Alternative Ways
Tool : kemenyan
usage : dibakar kalau ditolak….

Sumber asal adalah dari sentap.net

Korang jangan tanya soalan bodoh boleh tak???

on Sabtu, 1 Oktober 2011

السلام عليكم


Kau ni apasal ha??? boleh tak kau jangan tanya soalan bodoh kau tu.... tak lawak pown la soalan yang ko nak tanya tu.......

Petikan diatas hanya lah satu gimik untuk anda semua datang membaca blog ZF yang tak seberapa ini... Jangan marah yer.... ZF mintak maaf... tapi alang-alang korang dah bukak blog ZF ni apa salahnya korang baca entry kali ni....

Entry kali ini adalah mengenai sifat member korang yang sering bertanyakan soalan yang dia sendiri dah tau jawapannya tapi tetap nak tanya gak... Oleh itu korang patut jawab macam ni kat dya.......

Situasi pertama
Bile member nampak korang baring tutup mata
S: Kau tidur ke?
J: Tak la, aku training macam mana nak mati nanti.

Situasi kedua
Korang bawak tv korang yang rosak jumpe technician suruh repair,die msti tnye gak:
S: Nk repair tv ke?
J: Tak la, aku bosan! so saje aku bawak tv ni jalan-jalan.

Situasi ketiga
Time korang bagun dari tido:
S: Kau dah bangun?
J: Ish, aku tengah tido sambil berjalan la...

Situasi keempat
Member korang call phone umah korang:
S: Mane kau?
J: Sini, kat bus stop!!!

Situasi kelima
Member korang nampak korang keluar dari bilik mandi basah-basah:
S: Kau bru mandi ke?
J: Mana ade, aku jatuh dalam lubang jamban tadi!

Situasi keenam
Korang dalam toilet, pintu berkunci, member korang lak ketuk pintu dan tanya:
S: Ada orang tak?
J: ( *Suare Kiut* ) mana adea orangg!! taik yang bercakap ni!!!

So, Korang jangan tanya soalan-soalan seperti diatas kalau tak nak kena perli or sakit hati.... 

Gadis 'hamil' setiap kali selepas makan

on Jumaat, 5 Ogos 2011

السلام عليكم

[kiri]KERRI DOWDSWELL semasa dalam keadaan normal.
[kanan]PERUT Kerri Dowdswell membesar selepas dia makan.


CANNOCK, Britain - Perut seorang gadis, Kerri Dowdswell akan membesar seperti dia sedang hamil setiap kali selepas makan, lapor sebuah akhbar semalam.

Namun, perut gadis berusia 23 tahun itu akan kembali kepada keadaan normal beberapa jam selepas itu.

"Saya kerap kali ditanya bila akan bersalin dan ia agak tidak menyelesakan apabila berada dalam keadaan seperti ini," katanya yang berasal dari Cannock, Staffordshire.

Masalah tersebut membuatkan dia terpaksa memakai seluar untuk ibu bersalin setiap kali keluar makan.

Setakat ini, doktor-doktor masih bingung kerana mereka masih tidak mengetahui punca kejadian itu.

Kerri menghidap penyakit itu semasa dia mendapat haid buat kali pertama.

Menurut gadis itu, perutnya akan membesar dalam tempoh 15 minit semasa dia makan.

Namun, katanya, ada ketika perutnya mengambil masa selama beberapa jam selepas waktu makan untuk kelihatan seperti wanita hamil.

Kerri berkata, perutnya itu akan kembali normal beberapa jam selepas ia membesar. - Agensi

Botak bercinta dengan Cikgu Zakiah

on Ahad, 17 Julai 2011

السلام عليكم

Mesti ramai peminat Juvana diluar sana tertunggu akan Episod terakhir Juvana yang akan disiarkan esok. ZF sendiri pun tidak sabar untuk menunggu hari esok untuk menoton cerita Juvana. Pelbagai persoalan yang timbul difikiran ZF bila melihat review episod akhir ni antaranya adalah bagaimana kesudahan pergaduhan diantara Botak dan Daim??? adakah cikgu Zakiah akan dibunuh?? tentu korang pown terfikir benda yang samakan???

Okey lah ZF bukan nak menceritakan tentang rancangan tv yang popular ini... Tetapi ZF ingin berkongsikan cerita seperti tajuk diatas. Menurut sumber  Johan Arrif Asari (Botak)  dan Izreen Azminda yang melakonkan watak Cikgu Zakiah rupa-rupanya sedang melayan perasaan suka dengan kata lain bercinta!


Mungkin ini hanyalah cinta lokasi namun jika difikirkan mereka berdua tiada babak romantis kecuali babak simbah air ke muka dan maki-hamun sahaja. Agaknya, daripada pertentangan watak begitu, timbul perasaan cinta antara mereka. Sejauh mana cinta mereka itu tidak dapat dipastika. Menurut sumber juga rakan-rakan media sering menggandingkan mereka dalam satu fotografi dan mereka intim semacam sahaja.

Jangan lupa saksikan Episode Akhir Juvana Pada 17 Julai 2011 Jam 9.00 malam di TV3...

Ketagih Internet punca otak remaja mengecut

السلام عليكم



BEIJING - Kajian terbaharu di China mendapati penggunaan Internet secara berlebihan oleh golongan remaja boleh menyebabkan otak mereka mengecut, lapor sebuah akhbar semalam.

Kajian berkenaan yang disiarkan jurnal sains, PLoS ONE menyatakan, kematian tisu otak berlaku di kalangan remaja yang ketagih melayari Internet.

Keadaan itu boleh membawa kepada kemerosotan daya tumpuan dan ingatan selain mengurangkan perasaan malu golongan remaja untuk melakukan perbuatan tidak sihat. Kajian tersebut melibatkan penggunaan mesin pengimejan resonans magnetik (MRI) untuk merakam imej otak 18 pelajar universiti berusia 18 tahun yang melayari internet selama 13 jam sehari, enam kali seminggu.

Kumpulan penyelidik berkenaan membandingkan imej MRI tersebut dengan imej MRI kumpulan pelajar yang melayari internet cuma dua jam sehari.

Selepas perbandingan dibuat, mereka mendapati korteks atau bahagian kelabu pada otak 18 pelajar yang ketagih Internet itu mengecut berbanding rakan mereka yang kurang melayari internet.

"Kajian kami membayangkan ketagihan Internet pada jangka panjang boleh membawa kepada kemerosotan struktur otak," kata kumpulan penyelidik itu.

Bahagian korteks otak berfungsi untuk memproses ingatan, emosi, pertuturan, penglihatan dan pendengaran di samping mengawal pergerakan anggota manusia.

Kajian itu dilakukan oleh sekumpulan pakar neurologi dan radiologi beberapa universiti dan hospital di China.

Dianggarkan seramai 24 juta remaja negara berkenaan ketagih melayari Internet. - Agensi

Selepas kita mati, apa akan jadi pada akaun Facebook kita?

on Khamis, 7 Julai 2011

السلام عليكم



Mari kita renung-renungkan bersama fikir-fikirkan bersama jika satu hari nanti kita mati, akaun facebook ini hanya kita yang tahu password hanya kita yang boleh access.. dan selepas kita mati.. apa yang jadi pada akaun fb kita? mungkin ada yang akan ucapkan takziah mungkin ada yang selalu menjenguk bagi mengubat rindu tetapi.. sedarkah kita gambar-gambar kita.. akan terus membuatkan kita terseksa di alam kubur? gambar-gambar yang tidak ditutupi aurat dengan sempurna macam mana nanti?

lelaki ajnabi terus-terusan tengok dalam masa yang sama, tiada siapa yang boleh deletekan gambar kita.. walau sudah bertahun-tahun kita mati, gambar itu terus ada.. saham dosa terus meningkat.. macam mana? pernah terfikir tak? tudung singkat yang dipakai tu, akan selamatkan kita dalam kubur nanti? legging dan jeans ketat, boleh selamatkan kita? baju yang membalut aurat itu, bagaimana? mungkin kini kita masih merasa tak sabar nak berkongsi cerita dengan gambar-gambar yang cantik tempat-tempat yang kita dah lawati di muka bumiNya tapi di akhirnya nanti.. semua itu tidak akan membawa erti semuanya hanya tinggal kenangan bagi yang masih hidup di alam kubur, semua itu tidak sedikit pun boleh menyelamatkan kita..

cuba kita renung-renungkan, saham dosa yang terus meningkat walau setelah ketiadaan kita di muka bumi sehingga hari akhirat tutupilah auratmu sebelum auratmu ditutupkan peliharalah dirimu sebelum dirimu dikapankan~ jagalah maruah diri sebagai seorang muslimah mati itu pasti persiapkan diri untuk mati itu perlu..

moga Allah redha dengan perkongsian ini amin~ renung-renungkan da selamat beramal :)

P/s: Sebar-sebarkan. Semoga Bermanfaat.
Sumber : layar minda

Awek 16 Tahun Kantoi Beromen Dengan 2 Lelaki Serentak!! [video]

السلام عليكم



Ini lah remaja sekarang tak habis-habis nak buat maksiat... Sedar la sikit seronok tu kejap je... Dosanya besar masuk neraka lagi tu... Dah kantoi macam ni ape pown dah tak guna, gelap terus masa depan tu... Yang perempuan ni pown satu sampai dua orang terus dya nak tibai.... Harap dia insaf la.....

Memang tepi laut selalunya jadi tempat maksiat