Siapa Rosmah Mansor????

on Selasa, 12 Julai 2011

السلام عليكم



Datin Paduka Seri Rosmah Mansor ialah isteri Perdana Menteri Malaysia ke-6 Dato' Seri Mohd Najib bin Abdul Razak. Beliau dilahirkan di Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada 1951. Beliau merupakan bekas canselor Universiti Selangor (UNISEL).

Rosmah mendapat pendidikan menengah di Kolej Tunku Kurshiah, Negeri Sembilan. Beliau seorang yang pandai dan dikatakan selalu mendapat tempat teratas dalam kelas. Selain itu beliau juga aktif dalam aktiviti sukan seperti badminton, hoki dan bola jaring. Beliau juga sukakan hiburan dan selalu mengambil bahagian dalam nyanyian, tarian dan lakonan semasa di sekolah.

Beliau melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya, Kuala Lumpur, di mana beliau mendapat ijazah dalam bidang antropologi dan sosiologi. Selepas menamatkan ijazah, beliau menyertai Bank Pertanian Malaysia sebagai eksekutif pada tahun 1975. Beliau seterusnya melanjutkan pelajaran ke Lousiana State University, Amerika Syarikat, dan berjaya mendapat Sarjana Sains dalam sosiologi dan pertanian.

Selepas kembali ke Malaysia pada tahun 1983, beliau menyertai syarikat Island and Peninsular Berhad sebagai Pengurus Pembangunan Perniagaan. -wikipedia-

Hehe ZF tak tahu nak buat pendahuluan so copy jer dari wiki... Tapi ZF bukanlah ini sebenarnya yang ZF ingin konsikan dengan anda semua... ZF sebenarnya ini berkongsi 3 klip Video yang dibuat.. Video tersebut menceritakan siapa sebenarnya Datin Paduka Seri Rosmah Mansor ini... Ikuti pendedahan video ini...



 Part 1


Part 2

Part 3


Adakah ini semua perkara yang betul-betul terjadi??? atau hanya kompirasi untuk menjatuhkannya...???
Biarlah anda sendiri yang menilainya....!!!!!!!!!!!
Ranking: 5

Lain-lain cerita yang menarik:-



Comments
0 Comments

{ 0 ulasan ... read them below or add one }

Catat Ulasan