Assalamualaikum,
Pasti ramai diantara pengguna internet yang menggunaka ISP Telecom Malaysia sering kali mengalami ganguan kegagalan sambung internet pada masa tertentu tetapi kegagalan sambung internet masih dalam masa yang singkat sekitar 2-10 minit.
Ganguan ini berlaku disebabkan kerja-kerja penyelenggaraan berjadual untukn sambungan data ke Eropah. Berikut pengumuman rasmi yang di keluarkan oleh pihak TM:
TM ingin memaklumkan bahawa pihak konsortium sistem rangkaian kabel dasar laut yang menyediakan pautan data antarabangsa ke Eropah merancang untuk menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan pada 29 Jun 2013. Kerja-kerja penyelenggaran tersebut dijangka selesai pada 21 Julai 2013. Dalam tempoh ini pengguna mungkin akan mengalami:Sumber: TM.com.my
- Penurunan prestasi apabila mengakses laman web yang dihoskan di Eropah, Amerika Syarikat dan Asia Utara.
- Kualiti panggilan VOIP yang kurang memuaskan apabila membuat dan menerima panggilan VOIP dari Eropah, Amerika Syarikat dan Asia Utara.
Kami akan mengambil langkah-langkah pro-aktif untuk mengoptimumkan penggunaan jalur lebar pada pautan antarabangsa yang lain untuk memastikan bahawa impak disebabkan oleh aktiviti penyelenggaraan ini dikurangkan.
- Penurunan prestasi permainan dalam talian apabila menggunakan server yang dihoskan di Eropah, Amerika Syarikat dan Asia Utara.
Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul dan ingin mengucapkan terima kasih kerana memahami dan bersabar dalam tempoh penyelengaraan ini. Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, sila klik pautan ini atau ikuti @TMConnects di Twitter.
Terima kasih.