Memaparkan catatan dengan label NASA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label NASA. Papar semua catatan

Katak terbang bersama roket Nasa?

on Ahad, 15 September 2013

Assalamualaikum,

GAMBAR pelepasan roket Lunar Atmosphere and Dust Environment Explorer (Ladee) dikeluarkan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (Nasa) dari Wallops Flight Facility, Virginia, Amerika Syarikat, Jumaat lalu menarik perhatian orang ramai.



Mana tidaknya, dalam 10 foto itu, terdapat gambar memaparkan 'objek terbang’ ketika pelancaran berlaku.

Jurucakap Nasa Allard Beutel berkata kepada DailyMail, foto itu tulen dan objek tersebut disahkan seekor katak.

“Katak itu bukan sebahagian daripada uji kaji dan bukan penumpang roket Ladee,” katanya.

Menurutnya, bersebelahan pusat kemudahan Wallops Flight terdapat kolah yang berfungsi melindungi landasan dan menyerap bunyi ketika pelancaran roket ke udara.

“Mungkin ketika insiden tersebut, katak itu berada dekat dengan Ladee dan tekanan kuat ketika roket berlepas menyebabkan katak itu turut terbang ke udara,” katanya.

Difahamkan, kejadian sama pernah berlaku ketika pelancaran misi STS-114 (pesawat ulang alik Columbia) pada 2005 yang mana seekor burung terperangkap pada tangki pesawat tersebut.

Pada 2009, seekor kelawar pula didakwa melekat pada badan pesawat ketika pelancaran misi STS-119 (pesawat ulang alik Discovery). Sumber

Keadaan bumi ketika tiba waktu malam

on Selasa, 14 Februari 2012

Assalamualaikum,

Pernah anda terfikir bagaimana keadaan bumi kita di waktu malam? NASA, melakukan penelitian dengan nama "Nighttime Lights of the World", dan ini lah hasilnya































Cantik betul gambar Planet Zuhal ni...

on Jumaat, 9 September 2011

السلام عليكم


Baru-baru ini sebuah kapal angkasa milik NASA. Telah merakamkan satu gambar Planet Zuhal yang sangat cantik. Rakam menujukan gegelung planet tersebut kelihatan bercahaya akibat pantulan dari cahaya matahari. Dari pantulan itu kita dapat melihat beberapa gegelung Planet Zuhal. Ini meruoakan penemuan terbaru...


Gambar yang dikeluarkan oleh Akhbar tempatan


Gambar dari NASA

Persoalannya adakan benda ni betul??? Kenapa ZF cakap macam tu sila baca entry ni... DISINI

Angkasawan Negara sambut bayi sulung!!!

on Sabtu, 23 Julai 2011

السلام عليكم



Taniah diucapakan kepada Angkasawan Negara, Datuk Dr Sheikh Muzaphar dan Datin dr Halina kerana penantian mereka untuk bergelar 'mummy' dan 'daddy'  telah berakhir setelah melahirkan anak sulung mereka. Bayi sulung mereka itu selamat dilahirkan pada jam 9 malam, 21 julai 2011 di Pusat Perubatan Pantai, Bangsar, Kuala Lumpur. Bayi perempuan seberat 3.6 kg itu dilahirkan dengan menggunakan kaedah bersalin dalam air. Datuk Dr Sheikh Muzaphar bercadang hendak menamakan puteri sulung mereka sebagai Sofea.

Makhluk Asing Di Planet Marikh

on Selasa, 19 Julai 2011

السلام عليكم

Baru-baru ini heboh di internet, media massa dan media elektronik mengenai penemuan imej misteri yang dirakam oleh dua robot peninjau di planet Marikh. Imej misteri itu menunjukkan makhlu dengan susuk tubuh seakan-akan manusia duduk di atas batu di sebuah kawasan lapang seperti gurun di planet berkenaan.

Benarkah itu makhluk asing?

Sebenarnya tidak, ini kerana jika anda perhatikan betul-betul imej tersebut, ia bukanlah makhluk asing tetapi hanya batu. Ternyata teori mengenai makhluk asing di planet Marikh adalah tidak benar sama sekali.
Ini bukan kali pertama gambar yang dirakam oleh NASA dikatakan mempunyai bukti kewujudan makhluk asing di planet Marikh. Pada tahun 1976, seorang jurugambar yang bernama Richard Hoagland mendakwa menemui wajah aneh di planet Marikh hasil penyelidikannya.

Namun bukti itu disangkal kerana pada tahun 1988, Mars Global Survayor mengambil gambar sekali lagi di bahagian planet Marikh yang dikatakan ada wajah aneh seperti yang didakwa oleh Richard. Hasil penemuan oleh Mars Global Surveyor adalah imej yang dikatakan sebagai wajah aneh itu sebenarnya terhasil daripada low image quality, pareidolia dan bayang-bayang. -kerangs.net-