Makhluk Asing Di Planet Marikh

on Selasa, 19 Julai 2011

السلام عليكم

Baru-baru ini heboh di internet, media massa dan media elektronik mengenai penemuan imej misteri yang dirakam oleh dua robot peninjau di planet Marikh. Imej misteri itu menunjukkan makhlu dengan susuk tubuh seakan-akan manusia duduk di atas batu di sebuah kawasan lapang seperti gurun di planet berkenaan.

Benarkah itu makhluk asing?

Sebenarnya tidak, ini kerana jika anda perhatikan betul-betul imej tersebut, ia bukanlah makhluk asing tetapi hanya batu. Ternyata teori mengenai makhluk asing di planet Marikh adalah tidak benar sama sekali.
Ini bukan kali pertama gambar yang dirakam oleh NASA dikatakan mempunyai bukti kewujudan makhluk asing di planet Marikh. Pada tahun 1976, seorang jurugambar yang bernama Richard Hoagland mendakwa menemui wajah aneh di planet Marikh hasil penyelidikannya.

Namun bukti itu disangkal kerana pada tahun 1988, Mars Global Survayor mengambil gambar sekali lagi di bahagian planet Marikh yang dikatakan ada wajah aneh seperti yang didakwa oleh Richard. Hasil penemuan oleh Mars Global Surveyor adalah imej yang dikatakan sebagai wajah aneh itu sebenarnya terhasil daripada low image quality, pareidolia dan bayang-bayang. -kerangs.net-
Ranking: 5

Lain-lain cerita yang menarik:-



Comments
3 Comments

{ 3 ulasan ... read them below or add one }

Hafiz Ismi berkata...

Oh.. batu je? tapi sebijik mcm bentuk manusia tu.


19 Julai 2011 pada 5:12 PTG
ZF berkata...

flyz & Hafiz Ismi: ZF pown rasa cam tu...


19 Julai 2011 pada 5:38 PTG

Catat Ulasan