Memaparkan catatan dengan label PRU ke-13. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PRU ke-13. Papar semua catatan

Apa kaitan perkataan RAHMAN dengan Perdana Menteri Malaysia???

on Isnin, 29 April 2013

Assalamualaikum,

Apakah itu Rahman??? Hahaha ZF saja-saja nak share jer ni... gatai-gatai tangan nak menaip.. xftau nak update apa.....tak ada pa2 pown sebenarnya...


Mungkin satu kebetulan yang terjadi dari huruf awal setiap nama untuk Perdana Menteri Malaysia itulah RAHMAN.


R - Y.T.M Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
A - Tun Abdul Razak bin Haji Dato' Hussein
H - Tun Hussein bin Dato' Onn
M - Tun Dr. Mahathir Mohamad
A - Tun Abdullah Ahmad Badawi
N - Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak

Setelah RAHMAN di penuhi... Siapa pula bakal menerajui Malaysia selepas ini? Marilah kita sama-sama doakan yang terbaik untuk negara kita Malaysia...???

Update




Penyelesaian Matematik R.A.H.M.A.N...

R = huruf ke 18
A = huruf pertama
H = huruf ke 8
M = huruf ke 13
A = huruf ke 1
N = huruf ke 14
Jumlah 55 (tahun)..,

INIKALILAH...!!!

[VIDEO]Lagu Mari Mengundi Pilihan Raya Pertama 1955

on Sabtu, 13 April 2013

Assalamualaikum,

Maklumlah Pilihan Raya Umum ke-13 akan berlansung tidak lama lagi. Jadi pelbagai jenis bentuk perang politik telah berlaku. Untuk entry kali ni ZF bukan lah nak ajak berpolitik atau menyokong mana-mana parti tetapi sekadar ini berkongsi lagu mari mengundi pilihan raya yang pertama. Pasti ramai yang tidak pernah menontonnya kan... Jom kita tengok video ni..



Dakwat kekal VS Biometrik

on Isnin, 25 Julai 2011

السلام عليكم

Pilihan Raya Umum ke-13 semakin menghampiri oleh itu pelbagai persediaan yang dilakukan oleh SPR. Baru-baru ini Malaysia digegarkan dengan perhimpunan BERSIH 2.0 yang menuntut lapan perkara. Salah satu dari lapan perkara itu adalah penggunaan dakwat kekal. bagaimana pown SPR tidak bersetuju dalam penggunaan dakwat kekal sebaliknya mencadangkan penggunaan sistem Biometrik tetapi Parti Pakatan Rakyat pula tidak bersetuju dengan sistem itu. Oleh itu disini ZF nak berkongsi kelebihan diantara kedua-dua sistem tersebut.



Kelebihan sistem Indelible Ink atau Dakwat Kekal


1. Mengelak berlakunya pengundi yang mengundi lebih sekali.
2. Sistem manual yang diguna pakai secara efisien dan menjimatkan perbelanjaan.
3. Penggunaan dakwat kekal tidak bertentangan dengan Perkara 119 (1) Perlembagaan Malaysia.
4. Penggunaan dakwat kekal bukan halangan seseorang mengundi tetapi hanya mengesahkan seseorang itu telah mengundi.


Kelebihan sistem Biometrik




1. Identiti pemilihan adalah berdasarkan MyKad yang membabitkan perkongsian maklumat dengan Jabatan Pendaftaran Negara dan Jabatan Imigeresen.
2. Sistem lebih dipercayai kerana pengesahanan melalui cap jari perlu selari dengan maklumat pada MyKad.'
3. Pemilih sebelum dibenarkan mengundi akan dipastikan adalah dalam senarai daftar pengundi SPR.
4. Mengelakkan pengundian dua kali dan dakwaan pengundi hantu.
5. Memastikan proses pengundian bebas daripada sebarang penipuan dan penyelewengan.
6. Wakil parti politik dan ejen calon bertanding akan dibenarkan berada di pusat mengundi untuk memantau keseluruhan proses itu.
7. Sistem lebih efektif berbanding penggunaan dakwat kekal.

Antara Alasan yang diberikan oleh Parti Pakatan Rakyat menolak sistem Biometrik.


1. Lebih mudah di manipulasi
2. Risiko berleluasanya pengundi hantu.
3. Timbul masalah sekiranya cip kad pengenalan pemilih rosak.
4. Bimbang sekiranya kad pengenalan gagal disahkan oleh sistem biometrik.
5. Timbul persoalan mengenai kos pembelanjaan membeli peralatan dan kakitangan mahir yang diperlukan untuk melaksanakan proses pengesahan melalui sistem.
6. Mungkin menimbulakan kesesakan di pusat pengundian.
7. Timbul keraguan terhadap pihak yang menentukan mekanisme untuk mendapatkan cap jari serta latar belakang pengundi yang akan dipilih sebagai pemilih.