Dakwat kekal VS Biometrik

on Isnin, 25 Julai 2011

السلام عليكم

Pilihan Raya Umum ke-13 semakin menghampiri oleh itu pelbagai persediaan yang dilakukan oleh SPR. Baru-baru ini Malaysia digegarkan dengan perhimpunan BERSIH 2.0 yang menuntut lapan perkara. Salah satu dari lapan perkara itu adalah penggunaan dakwat kekal. bagaimana pown SPR tidak bersetuju dalam penggunaan dakwat kekal sebaliknya mencadangkan penggunaan sistem Biometrik tetapi Parti Pakatan Rakyat pula tidak bersetuju dengan sistem itu. Oleh itu disini ZF nak berkongsi kelebihan diantara kedua-dua sistem tersebut.



Kelebihan sistem Indelible Ink atau Dakwat Kekal


1. Mengelak berlakunya pengundi yang mengundi lebih sekali.
2. Sistem manual yang diguna pakai secara efisien dan menjimatkan perbelanjaan.
3. Penggunaan dakwat kekal tidak bertentangan dengan Perkara 119 (1) Perlembagaan Malaysia.
4. Penggunaan dakwat kekal bukan halangan seseorang mengundi tetapi hanya mengesahkan seseorang itu telah mengundi.


Kelebihan sistem Biometrik




1. Identiti pemilihan adalah berdasarkan MyKad yang membabitkan perkongsian maklumat dengan Jabatan Pendaftaran Negara dan Jabatan Imigeresen.
2. Sistem lebih dipercayai kerana pengesahanan melalui cap jari perlu selari dengan maklumat pada MyKad.'
3. Pemilih sebelum dibenarkan mengundi akan dipastikan adalah dalam senarai daftar pengundi SPR.
4. Mengelakkan pengundian dua kali dan dakwaan pengundi hantu.
5. Memastikan proses pengundian bebas daripada sebarang penipuan dan penyelewengan.
6. Wakil parti politik dan ejen calon bertanding akan dibenarkan berada di pusat mengundi untuk memantau keseluruhan proses itu.
7. Sistem lebih efektif berbanding penggunaan dakwat kekal.

Antara Alasan yang diberikan oleh Parti Pakatan Rakyat menolak sistem Biometrik.


1. Lebih mudah di manipulasi
2. Risiko berleluasanya pengundi hantu.
3. Timbul masalah sekiranya cip kad pengenalan pemilih rosak.
4. Bimbang sekiranya kad pengenalan gagal disahkan oleh sistem biometrik.
5. Timbul persoalan mengenai kos pembelanjaan membeli peralatan dan kakitangan mahir yang diperlukan untuk melaksanakan proses pengesahan melalui sistem.
6. Mungkin menimbulakan kesesakan di pusat pengundian.
7. Timbul keraguan terhadap pihak yang menentukan mekanisme untuk mendapatkan cap jari serta latar belakang pengundi yang akan dipilih sebagai pemilih.

Ranking: 5

Lain-lain cerita yang menarik:-



Comments
2 Comments

{ 2 ulasan ... read them below or add one }

Tanpa Nama berkata...

undi secara on9 xleh ke...kan sng je...haissssh....


26 Julai 2011 pada 1:57 PG
ZF berkata...

@soooooour: lagi la senang nak dimanipiulasi...


26 Julai 2011 pada 10:19 PG

Catat Ulasan