Memaparkan catatan dengan label kelebihan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kelebihan. Papar semua catatan

Manusia X-Ray: Boleh melihat dan membaca walaupun mata ditutup rapi

on Rabu, 25 April 2012

Assalamualaikum,


Sungguh menakjubkan!!!. Gadis ini sememangnya luar biasa, Rajana Agrawal, boleh melihat dan membaca walupun matanya ditutup dengan lapisan kapas dan kain hitam. Dia juga boleh membezakan warna. Jom kira lihat kebolehannya.


Kegunaan lain Paip Air

on Selasa, 24 April 2012

Assalamualaikum,

Dimanakah selalunya kita melihat paip air ini??? Sudah tentu semua sudah tau, paip ini pastinya dapat dijumpai di singki, tandas, bilik mandi DLL. Tetapi tahukah anda bahawa paip air bukan sekadar paip yang menyalurkan air dari paip utama ke rumah kita malahan ia juga boleh menghasilkan satu benda yang lebih menarik.

Mari kita lihat apa yang boleh kita lakukan dengan paip air ini selain kegunaan asalnya..





Masalah remote TV selalu hilang

on Sabtu, 19 November 2011

Assalamualaikum,

Masalah ini sering berlaku kepada ZF mungkin kepada anda semua juga. Disebabkan itu ZF cuba mencari penyelesaian untuk masalah ini di internet. Pelbagai kaedah boleh dilakukan jika di lihat di internet dan ZF memilih satu cara yang agak kelakar tapi rasanya amat-amat berkesan. Nak tau cara apa??? jom kita tengok...



Macam mana pastinya berkesan kan??? hahahahaha....

Terima Kasih busuk.org !!!

on Jumaat, 14 Oktober 2011

السلام عليكم


Wow sungguh terkejut ZF apabila membuka laman web Nuffnang. Tapi sebelum tu ZF nak ucapkan alhamdulillah tanda bersyukur kerana hari ni trafik blog ZF sungguh tinggi jika nak dibandingkan dengan hari-hari sebelum ni... 



ZF bukan nak -bangga-bangga atau menunjuk-nunjuk dengan blog ZF yang tak seberapa ni.... Cuma ZF nak berkongsi sedikit macam mana ZF boleh dapat trafik yang bergitu tinggi... Seperti anda dapat lihat gambar diatas rujukan pautan yang paling tinggi adalah datangnya dari website yang membolehkan kita ping entry blog kita iaitu busuk.org.

Kalau korang nak tahu busuk.org ni sangat-sangat la mesra SEO. Jadi ZF mengajak anda untuk sama-sama sertai busuk.org ni untuk meningkatkan trafik blog kita yang tak seberapa. Moh kita ramai-ramai serbu busuk.org.

Entry kali ini cumalah nak  mengucapkan jutaan Terima Kasih untuk semua crew busuk.org kerana mewujudkan laman web yang amat berguna kepada semua blogger untuk meningkatkan trafik blog mereka yang tak seberapa macam ZF ni... Dan juga ZF berterima kasih kepada busuk.org sebab memilih entry blog ZF yang bertajuk Siapa tiru siapa sekarang!!!  sebagai Entry Pilihan yang menjadi penyumbang trafik tertinggi ke blog ZF..



Sikap yang paling penting untuk semua orang...

on Ahad, 2 Oktober 2011

السلام عليكم



kalau A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z

sama dengan 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26

jadi....
...
H+A+R+D+W+O+R+K = 8+1+18+4+23+15+18+11 = 98%

K+N+O+W+L+E+D+G+E = 11+14+15+23+12+5+4+7+5 = 96%

L+O+V+E=12+15+22+5= 54%

L+U+C+K = 12+21+3+11 = 47%

ni sume xdpt markah penuh pun...

tapi “attitude”

A+T+T+I+T+U+D+E = 1+20+20+9+20+21+4+5 = 100%

so, Attitude paling pentinglah kan...^^

Soket Berputar 360°

on Khamis, 29 September 2011

السلام عليكم


Anda pernah mengalami masalah seperti diatas??? Kini Masalah tersebut dapat diatasi dengan Soket Berputar 360°.


Kini ini penyelesaiaannya...

Soket berputar 360 ° sesuai untuk pelbagai jenis kepala soket dan ianya boleh berputar. Ia menawarkan ruang yang mencukupi untuk kepala plug yang berbeza berbentuk dan saiz dengan hanya perlu memutarkannya soket dalam arah yang berbeza. Di samping itu, setiap soket mempunyai warna yang berbeza dan boleh menyambung antara satu sama lain,  pengguna juga boleh menambah atau mengurangkan bilangan soket atau soket pelbagai jenis kepala plug dan pengguna boleh memilih warna yang berlainan bergantung kepada keperluan pengguna.

Reka bentuk: Chyun-Chau Lin & Cheng-Hsiu Du


Pusingkan untuk dapatkan ruang jika kepala Plug besar

Terdapat dalam color warna warni dan biasa

 Mudah.. Pengguna juga boleh menambah atau mengurangkan bilangan soket 

Dakwat kekal VS Biometrik

on Isnin, 25 Julai 2011

السلام عليكم

Pilihan Raya Umum ke-13 semakin menghampiri oleh itu pelbagai persediaan yang dilakukan oleh SPR. Baru-baru ini Malaysia digegarkan dengan perhimpunan BERSIH 2.0 yang menuntut lapan perkara. Salah satu dari lapan perkara itu adalah penggunaan dakwat kekal. bagaimana pown SPR tidak bersetuju dalam penggunaan dakwat kekal sebaliknya mencadangkan penggunaan sistem Biometrik tetapi Parti Pakatan Rakyat pula tidak bersetuju dengan sistem itu. Oleh itu disini ZF nak berkongsi kelebihan diantara kedua-dua sistem tersebut.



Kelebihan sistem Indelible Ink atau Dakwat Kekal


1. Mengelak berlakunya pengundi yang mengundi lebih sekali.
2. Sistem manual yang diguna pakai secara efisien dan menjimatkan perbelanjaan.
3. Penggunaan dakwat kekal tidak bertentangan dengan Perkara 119 (1) Perlembagaan Malaysia.
4. Penggunaan dakwat kekal bukan halangan seseorang mengundi tetapi hanya mengesahkan seseorang itu telah mengundi.


Kelebihan sistem Biometrik




1. Identiti pemilihan adalah berdasarkan MyKad yang membabitkan perkongsian maklumat dengan Jabatan Pendaftaran Negara dan Jabatan Imigeresen.
2. Sistem lebih dipercayai kerana pengesahanan melalui cap jari perlu selari dengan maklumat pada MyKad.'
3. Pemilih sebelum dibenarkan mengundi akan dipastikan adalah dalam senarai daftar pengundi SPR.
4. Mengelakkan pengundian dua kali dan dakwaan pengundi hantu.
5. Memastikan proses pengundian bebas daripada sebarang penipuan dan penyelewengan.
6. Wakil parti politik dan ejen calon bertanding akan dibenarkan berada di pusat mengundi untuk memantau keseluruhan proses itu.
7. Sistem lebih efektif berbanding penggunaan dakwat kekal.

Antara Alasan yang diberikan oleh Parti Pakatan Rakyat menolak sistem Biometrik.


1. Lebih mudah di manipulasi
2. Risiko berleluasanya pengundi hantu.
3. Timbul masalah sekiranya cip kad pengenalan pemilih rosak.
4. Bimbang sekiranya kad pengenalan gagal disahkan oleh sistem biometrik.
5. Timbul persoalan mengenai kos pembelanjaan membeli peralatan dan kakitangan mahir yang diperlukan untuk melaksanakan proses pengesahan melalui sistem.
6. Mungkin menimbulakan kesesakan di pusat pengundian.
7. Timbul keraguan terhadap pihak yang menentukan mekanisme untuk mendapatkan cap jari serta latar belakang pengundi yang akan dipilih sebagai pemilih.

Berita dari Blogger.com

on Sabtu, 25 Jun 2011

السلام عليكم


Sepanjang 2010, Blogger telah dipasan dengan begitu banyak ciri-ciri termasuk template designer, real-time stats, comments spam filtering, mobile templates, web fonts, dan beberapa alat baru. Perkhidmatan Blogger.com adalah yang paling realiable dan bebas di masa kini.

Kini pada tahun 2011, Blogger.com akan membuat beberapa penambahan pada user interface. Reka bentuk baru pada editor post Blogger menawarkan user interface yang lebih cantik dan lebih moden.

Post Editor yang baru


 Post Editor sekarang



Blogger.com juga akan melakukan penambahan pada  Dashboard interface. Lihat ini.

Dashboard yang baru 


Dashboard sekarang

Ini hanya beberapa ciri terbaru yang dikongsi untuk pengetahuan pengguna Blogger.com.  Blogger.com berjanji untuk menerbitkannya tidak lama lagi dan berharap dapat memperkenalkan dalam tahun 2011 juga.

Mungkin inilah puncanya ada berlaku beberapa masalah terhadap blog sebelum ini sebagai contoh widget follower hilang, tidak dapat meletakan gambar di dalam post dan tidak dapat meletakkan gadget.

Kelebihan Susu Badan

on Rabu, 22 Jun 2011

السلام عليكم

Tugas pertama seorang ibu selepas bersalin ialah menyusukan anak. Baik dengan susu badan mahupun susu tepung. Namun apa yang ZF nak sentuh di sini ialah kelebihan menyusukan anak dengan susu badan. Memang banyak kelebihan susu badan atau susu ibu antaranya...


1. Tak perlu dipanaskan atau dibancuh dan segera boleh menyusukan anak bila perlu.

2. Amat sesuai untuk diet anak dan diet untuk ibu itu sendiri untuk menjaga bentuk badan.

3. Menambah kasih anak pada ibu kerana anak dapat memandang wajah ibu ketika menyusu, bukannya orang gaji.!

4. Dapat mencegah anak dari masalah kembung perut dan proses penumbuhan gigi anak dengan sempurna.

5. Sesegar mana pown susu tepung tetap tidak dapat menandingi kesegaran susu badan walaupun ibu tidak sihat.

(suka ati tambahan saja ni.... :-b)
6. Dapat mencegah dari pergaduhan suami isteri kerana isu giliran menyediakan susu.

7. Boleh tumpang susukan anak pada orang lain kerana susu badan semuanya berperisa yang sama.