Memaparkan catatan dengan label bulan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bulan. Papar semua catatan

PIRING ASTRO MENGADAP KIBLAT???

on Khamis, 13 Oktober 2011

السلام عليكم


Betulkah Piring Astro Menghadap Kaabah?:

Mungkin ada yang hairan dengan tajuk ni, adakah kebetulan ataupun memang benar-benar seperti yang dinyatakan. Apa-apa pun kita baca je lah fakta yang di copy paste ini :

Jelas, Kaabah bukan sekadar kiblat tetapi juga sebagai pusat tumpuan manusia dalam urusan dunia atau kehidupan. Contoh yang paling mudah sekali, tentu anda ada stesen televisyen berbayar iaitu Astro. Pastinya setiap Astro ada 'piring para bola' untuk mene...rima maklumat yang dipancarkan dari satelit.
Untuk mendapatkan siaran yang jelas, piring itu akan dihalakan ke arah Kiblat atau Kaabah. Kalau tidak percaya cuba tengok balik piring Astro di bumbung anda menghadap ke mana? KENAPA BEGITU?

Mudah saja jawapannya Mekah adalah pusat bumi. Sama ada percaya atau tidak jawapannya mudah ditemui semasa kali pertama Neil Armstrong menjejakkan kaki ke bulan pada 20 Julai 1969. Di dalam satu temu bual di stesen TV Al Majid, Arab Saudi, Dr. Abd Al-Baset Al-Sayyed dari pusat Penyelidikan Kebangsaan Mesir mengulas, angkawasan pertama itu telah membuktikan, Mekah adalah pusat bumi.

Katanya ia telah dibuktikan secara saintifik semasa Neil Armstrong di dalam perjalanan ke bulan. Ketika itu dia berjaya mengesan satu radiasi yang dipancarkan dari bumi. Radiasi itu di dalam gelombang pendek. Situasi itu sesuatu yang pelik dan mereka cuba mencari jawapan dan membuat penelitian. Akhirnya mereka berjaya mengesan bahawa radiasi itu dipancarkan dari Mekah atau secara tepatnya dari Kaabah. "Yang paling mengejutkan radiasi itu bersifat infiniti (tidak berpenghujung). Apabila Armstrong menjejakkan kaki ke bulan, radiasi itu masih boleh dikesan. Radiasi itu mempunyai sifat yang istimewa dan paling penting ia infiniti. Saya percaya inilah yang menhubungkan Kaabah di bumi dengan Kaabah di alam akhirat.

"Bayangkan anda berada di kutub utara dan saya berada di kutub selatan,di tengah-tengah adalah zon keseimbagan magnet atau zon magnetisme sifar dan itulah Mekah. Kalau hendak dibuktikan boleh. bawa kompas ke Kaabah dan anda dapati jarum kompas itu tidak akan bergerak. Ini bermakna Kaabah adalah zon magnetisme sifar. Tarikan untuk ke dua-dua medan adalah sama kuat. Hal sedemikian katanya, turut memberi kesan pada kesihatan dan umur seseorang. Sebab itulah orang yang tinggal di Mekah lebih sihat dan panjang umur. Tekanan graviti yang tertumpu di kawasan itu memberi kesan pada peredaran darah dan pergerakan biologi kehidupan.

"Ini telah dibuktikan bahawa ia boleh memberi kesan pada hemoglobin untuk membawa darah yang mengandungi oksigen ke seluruh tusi badan. Bermakna bila anda berada di Mekah, keupayaan darah untuk membawa oksigen ke seluruh tisu badan secara semula jadi jauh lebih baik berbanding tempat lain di dunia ini," jelasnya Pelbagai bukti saintifik dari kajian para saintis juga telah membuktikan bahawa Kaabah berada di "Centre of the earth". Jika anda berkesempatan ke Mekah Al-Mukaramah cuba bawa kompas ke arah Kaabah dan lihat jarum kompas tersebut tidak akan menunjuk mana-mana arah sama Barat, Timur, Selatan atau ke mana-mana arah kerana Kaabah sememangnya berada di pusat atau ditengah-tengah bumi. Neil Amstrong juga mengesahkan fakta ini.

Maha Kaya Allah, dengan hanya melakukan Tawaf kesihatan kita akan bertambah baik. Tidak hairanlah jika ramai yang mengetahui rahsia ini sentiasa merindui untuk ke Mekah... Bagi yang bukan Islam kaji-kajilah fakta ini dan anda pasti akan mendapat kebenaran-Nya. Marilah kita belajar ilmu dan mengkaji Islam yang amat indah ini.

Azam biasa ketika tiba Bulan Puasa aka Ramadhan

on Jumaat, 29 Julai 2011

السلام عليكم



Bulan Ramadhan semakin menghampiri, mungkin ramai orang telah menanam azam  untuk bulan Ramadhan tetapi azam itu selalunya terus tertanam dan terkubur. Antaranya ialah:

1. Nak Puasa Penuh
Dari puasa separuh hari masa darjah satu dan kini bila dah ada anak satu pun puasa tak pernah penuh. Tiap tahun asik berazam aje tapi takde usaha. Usaha nak cari kedai yang bukak waktu siang bukan main lagi.

2. Nak Banyakkan Amal
Realitinya: Nak sedekah tapi takde duit, nak buat terawih tapi letih, nak berzikir tapi tekak kering, nak berenti dating dengan awek tapi tak kuat iman. Pendeknya ada ja alasan untuk tak beramal dan terus mungkar.

3. Nak Solat Terawih
Mula dari hari pertama puasa lagi semua pakat turun ke masjid dengan niat nak buat terawih setiap malam selama sebulan tapi kebayakkannya cuma berjaya setakat seminggu je. Itupun lapan dah cabut.

4. Nak Taubat
Bulan puasalah  masa yang paling sesuai untuk ke pangkal jalan tapi masalahnya banyak sangat lencongan serta jalan alternatif yang lebih menarik sampai tak sedar yang jalannya dah nak sampai ke penghujung atau jalan mati. Jangan sampai dah habis jalan baru nak undur.

5. Nak Berhenti Merokok
Siang hari biasanya Ok je sebab takde bau asap rokok tapi bila buka je sekor-sekor dah macam serombong kapal. Ada yang sanggup  buka dengan buah kurma je pastu terus cari rokok. Siap Qada' lagi berapa batang yang miss waktu siannya.


Penemuan Air Di Bulan Oleh Negara India

on Rabu, 13 Julai 2011

السلام عليكم

ANGALORE - Sebuah satelit India, Chandrayaan-1 yang mengesahkan penemuan kehadiran air di bulan kelmarin menjadi tajuk utama pelbagai media di negara itu .Satelit itu yang dilancarkan ke orbit untuk misi mengelilingi bulan sejak Oktober tahun lalu sebelum ini mencetuskan kebimbangan kerana ia gagal menghantar balik isyarat ke bumi.
“India kini boleh berbangga apabila Chandrayaan-1 menjadi satelit pertama menemui air di bulan,” kata Ketua Pertubuhan Penyelidikan Angkasa India (ISRO), G. Madhavan Nair.

Pada sidang media di sini , beliau menyifatkan misi itu sebagai menakjubkan malah menutup kritikan pelbagai pihak kerana misi itu dianggap berjaya 110 peratus.



Beberapa akhbar ternama India menyiarkan berita kejayaan itu sebagai tajuk utama manakala stesen televisyen menyiarkan berita itu dengan membangkitkan semangat patriotik.

“Satu langkah besar kepada India, satu langkah gergasi untuk manusia,” kata Times of Indiasementara Hindustan Times menggunakan tajuk Air di bulan: Chandrayaan hebat”.

Sebelum ini, para saintis menyatakan bulan pada keseluruhannya adalah kering.
Misi itu melibatkan kos sebanyak AS$80 juta (RM278 juta) iaitu kurang separuh daripada jumlah yang dibelanjakan untuk misi yang sama oleh negara lain.

Perbelanjaan itu menunjukkan India berjaya menggunakan kos yang murah untuk misi tersebut.
Kejayaan Chandrayaan-1 itu mendorong India pada Rabu lalu melancarkan tujuh lagi satelit baru, enam daripadanya milik negara luar dalam satu misi penerbangan ke angkasa.

India memulakan program angkasa sejak 1963 dengan membangunkan satelit sendiri dan menghasilkan pelancar untuk mengurangkan kebergantungan kepada agensi angkasa asing. - AFP