السلام عليكم
Bulan Ramadhan semakin menghampiri, mungkin ramai orang telah menanam azam untuk bulan Ramadhan tetapi azam itu selalunya terus tertanam dan terkubur. Antaranya ialah:
1. Nak Puasa Penuh
Dari puasa separuh hari masa darjah satu dan kini bila dah ada anak satu pun puasa tak pernah penuh. Tiap tahun asik berazam aje tapi takde usaha. Usaha nak cari kedai yang bukak waktu siang bukan main lagi.
2. Nak Banyakkan Amal
Realitinya: Nak sedekah tapi takde duit, nak buat terawih tapi letih, nak berzikir tapi tekak kering, nak berenti dating dengan awek tapi tak kuat iman. Pendeknya ada ja alasan untuk tak beramal dan terus mungkar.
3. Nak Solat Terawih
Mula dari hari pertama puasa lagi semua pakat turun ke masjid dengan niat nak buat terawih setiap malam selama sebulan tapi kebayakkannya cuma berjaya setakat seminggu je. Itupun lapan dah cabut.
4. Nak Taubat
Bulan puasalah masa yang paling sesuai untuk ke pangkal jalan tapi masalahnya banyak sangat lencongan serta jalan alternatif yang lebih menarik sampai tak sedar yang jalannya dah nak sampai ke penghujung atau jalan mati. Jangan sampai dah habis jalan baru nak undur.
5. Nak Berhenti Merokok
Siang hari biasanya Ok je sebab takde bau asap rokok tapi bila buka je sekor-sekor dah macam serombong kapal. Ada yang sanggup buka dengan buah kurma je pastu terus cari rokok. Siap Qada' lagi berapa batang yang miss waktu siannya.