Memaparkan catatan dengan label konsep. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label konsep. Papar semua catatan

No Plate KL selepas WYY9999 ialah....???

on Khamis, 23 Mei 2013

PUTRAJAYA - Nombor pendaftaran kenderaan bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan bermula dengan siri nombor baharu iaitu W (nombor 1 sehingga 9999) dan berakhir A, dijangka pada Julai depan, kata Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini.



Beliau berkata nombor pendaftaran kenderaan bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur kini mencapai nombor siri WYK 6xxx dan ia akan berakhir dengan siri nombor WYY 9999 dalam tempoh terdekat, berkemungkinan Julai ini.

Katanya, terdapat 13 siri lagi sebelum mencapai siri nombor pendaftaran WYY.

“Sehubungan itu, adalah diputuskan bahawa siri nombor pendaftaran baharu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan bermula dengan W 1 A dan berakhir dengan W 9999 A.


"Siri berikutnya adalah W 1 B Sehingga W 9999 B, diikuti dengan W 1 C dan seterusnya,” katanya pada sidang media selepas menghadiri taklimat di Kementerian Pengangkutan di sini hari ini.

Setelah berakhir dengan siri nombor W 9999 Y, ia akan bersambung dengan WA 1-9999 A sehingga WY 1-9999 Y dan WAA 1-9999 A sehingga WAY 1-9999 Y - Kosmo online

Siri baharu ini akan berakhir dengan WYY 1-9999 Y. - Bernama

Konsep desktop PC 3D dari Microsoft

on Rabu, 28 Mac 2012

Assalamualaikum,

Kita telah membaca dan melihat pelbagai maklumat berhubung dengan kemajuan teknologi yang kian pesat dalam bidang pengkomputeran mudah alih. Daripada skrin 3D sehinggalah pelekat sokongan NFC, peningkatan dalam peranti mudah alih kini beralih lebif cepat dan kompetitif. Malangnya, apabila kita melihat  desktop, antara muka ini masih terperangkap dalam dunia 2D.


Microsoft, telah bersedia untuk mengubah cara anda menggunakan desktop anda. Di makmal penyelidikan mereka, Microsoft bersama-sama dengan pelajar MIT, telah menghasilkan konsep desktop PC menjadi skrin lut sinar dengan paparan 3D.

Penggunaan desktop PC ini amat mudah kerana anda hanya perlu meletakkan tangan anda di belakang skrin lut sinar yang membolehkan anda untuk berinteraksi dengan desktop anda melalui ruang 3D yang dicipta oleh paparan lut sinar terbabit. Pengguna juga boleh mencapai unjuran 3D dan memanipulasi atau mengatur mereka dengan hanya menggunakan tangan mereka. Konsep ini menggunakan pendekatan "hands-on",  walaubagaimana pun anda masih boleh menggunakan trackpad seperti mana-mana desktop 2D yang lain.

Konsep ini menggabungkan teknologi Samsung OLED dan Microsoft Kinect iaitu teknologi yang digunakan dalam Xbox 360. Desktop ini juga menggunakan kamera untuk memantau pergerakan kepala anda untuk menghasilkan pengalaman 3D dari sudut berbeza.

Lihat video dibawah.


Lepas ni mungkin desktop holographic pula dicipta...

Charge iPhone dengan henbusan nafas anda

on Selasa, 13 Mac 2012

Assalamualaikum,


Kini terdapat pelbagai aksesoris untuk iPhone telah pun dicipta bermula dari case hinggalah ke charger. Kini seorang pencinta alam telah berusaha mencipta satu alat yang membolehkan anda charge iPhone anda dengan hembusan nafas anda. Selain itu ianya juga mengurangkan pelepasan gas carbon secara terus keudara.

Alat ini dibernama Aire mask, menggunkan turbin angin yang kecil didalamnya untuk menjana elektrik untuk mengecas iPhone. Konsep ini di ilhamkan oleh Joao Paulo Lammoglia.


Dengan alat ini, Anda tak perlu risau lagi untuk mengecharge iPhone kerana anda boleh mengechargenya tidak kira masa sama ada ketika berjalan-jalan, sedang berlari, bekerja atau ketika anda sedang tidur. Yang perlu anda pastikan adalah Aire masker tetap disambungkan ke iPhone dan kemudian bernapas secara normal.


Buat masa sekarang ianya hanyalah sebuah konsep dan masih belum dikeluarkan.