Konsep desktop PC 3D dari Microsoft

on Rabu, 28 Mac 2012

Assalamualaikum,

Kita telah membaca dan melihat pelbagai maklumat berhubung dengan kemajuan teknologi yang kian pesat dalam bidang pengkomputeran mudah alih. Daripada skrin 3D sehinggalah pelekat sokongan NFC, peningkatan dalam peranti mudah alih kini beralih lebif cepat dan kompetitif. Malangnya, apabila kita melihat  desktop, antara muka ini masih terperangkap dalam dunia 2D.


Microsoft, telah bersedia untuk mengubah cara anda menggunakan desktop anda. Di makmal penyelidikan mereka, Microsoft bersama-sama dengan pelajar MIT, telah menghasilkan konsep desktop PC menjadi skrin lut sinar dengan paparan 3D.

Penggunaan desktop PC ini amat mudah kerana anda hanya perlu meletakkan tangan anda di belakang skrin lut sinar yang membolehkan anda untuk berinteraksi dengan desktop anda melalui ruang 3D yang dicipta oleh paparan lut sinar terbabit. Pengguna juga boleh mencapai unjuran 3D dan memanipulasi atau mengatur mereka dengan hanya menggunakan tangan mereka. Konsep ini menggunakan pendekatan "hands-on",  walaubagaimana pun anda masih boleh menggunakan trackpad seperti mana-mana desktop 2D yang lain.

Konsep ini menggabungkan teknologi Samsung OLED dan Microsoft Kinect iaitu teknologi yang digunakan dalam Xbox 360. Desktop ini juga menggunakan kamera untuk memantau pergerakan kepala anda untuk menghasilkan pengalaman 3D dari sudut berbeza.

Lihat video dibawah.


Lepas ni mungkin desktop holographic pula dicipta...
Ranking: 5

Lain-lain cerita yang menarik:-



Comments
0 Comments

{ 0 ulasan ... read them below or add one }

Catat Ulasan