Telefon berasal daripada bahasa Greek (tele = jauh dan phone = suara) merupakan alat telekomunikasi yang digunakan bagi memancar dan menerima bunyi pada jarak jauh tanpa terikat dan secara bebas. Kejayaan Alexander Graham Bell mencipta telefon pada tahun 1876, telah membolehkan masyarakat seluruh dunia berhubungan antara satu dengan lain walaupun berjauhan
Dunia sedang mengalami peningkatan dalam penggunaan telefon bimbit. Mengikut syarikat penyelidik ABI Research's Mobile Devices Research Service, sejumlah 900 juta telefon bimbit telah dipasarkan pada 2006. Bagi ramai orang, telefon bimbit adalah keperluan paling utama. Alat ini akan dibawa ke mana-mana sahaja di dalam saku, sama ada satu sehingga dua unit supaya mudah berhubung.
Sistem program telefon bimbit juga sering dimajukan. Oleh itu fenomena mengubah suai telefon bimbit menjadi kegilaan pemiliknya. Nada dering diubah, skrin ditukar, pelbagai peranti dan perisian dibuang atau ditokok. Telefon bimbit boleh membantu membuat urusan-urusan rutin seperti membuat transaksi kewangan, memuat turun bahan hiburan dan gambar, menghantar atau menerima e-mel dan pesanan teks.
Telefon bimbit juga boleh digunakan untuk mengakses internet. Di Jepun penggunaan telefon bimbit untuk mengakses Internet sedang berkembang rancak. Si pemilik telefon bimbit itu tidak lagi membawa dompet, beg lengan atau bimbit. Semua keperluan itu sudah disediakan dalam telefon bimbitnya.
Di dalamnya ada kemudahan seperti pemain hiburan, kamera, kad keahlian, buku panduan, peta, tiket, jam dan mengakses apa saja berita atau membaca pangkalan data korporat. Tidak lama dari itu kemudahan lain dimasukkan seperti pas kereta api atau bas, kad kredit dan debit, kunci, kad pengenalan dan malahan wang, semuanya telah dielektronikkan. Dompet elektronik menjadi nyata.
Namun, penggunaan telefon bimbit juga ada keburukannya. Ia mungkin juga dapat membunuh melalui radiasi dan gelombang magnetiknya.
Pada masa ini...........gelombang radio yang dikeluarkan oleh telefon selular dikatakan dapat membakar sel tisu dalam badan. Kajian yang menggunakan cacing sebagai bahan uji kaji mendapati frekuensi radio yang terbit daripada telefon bimbit apabila dipancarkan pada cacing nematoda di dalam makmal, mengubah struktur genetiknya, menjadikannya semacam nematoda mutan.
Walaubagaimanapun, nematoda tidak serupa dengan manusia. Kajian yang dibuat pada haiwan berbiologi mudah seperti cacing sudah tentu tidak sama keputusannya apabila diaplikasikan pada biologi rumit seperti manusia. Saintis juga berpendapat gelombang radio yang digunakan oleh telefon adalah terlalu kecil dan tidak mampu memberikan kesan yang ketara kepada tisu badan manusia.
Jarigan liputan syarikat telefon di Negara ini menggunakan prinsip yang sama mengikut cara kartografi purba melukis peta pada masa lampau. Jaringan liputan itu dibahagikan kepada wilayah-wilayah liputan pada permukaan bumi yang berbentuk heksagon dipanggil “sel”. Di tengah-tengah setiap satu wilayah sel, dipancang stesen pemancar telekomunikas. Semakin kecil sel liputan itu, semakin kuatlah isyarat atau signal pada telefon bimbit.
Stesen pemancar sentiasa menghantarkan maklumat kepada telefon pada tangan kita dan berhubung dengan stesen pemancar yang berjiran di sebelahnya. Namun, telefon bimbit itu hanya menerbitkan signal semasa membuat atau menerima panggilan. Ini menjimatkan tenaga dan mengawal radiasi dari telefon.
Telefon selular menggunakan gelombang radio bagi memancarkan signalnya kepada stesen pemancar. Dalam ilmu sains fizik, gelombang radio telefon bimbit hanya sebahagian daripada spektrum elektromagnet semesta. Spektrum elektromagnet ini dibahagikan kepada pelbagai kumpulan mengukut frekuensinya. Susunannya daripada frekuensi paling rendah kepada paling tinggi
Sejak tahun 1920-an, saintis sudah bersepakat menyatakan gelombang radio dapat menghangatkan kulit dan mengubah struktur saraf manusia.

Kajian kepada manusia yang bertugas berdekatan dengan sistem gelombang radio yang kuat mendapati degup jantung yang abnormal dan pantas, kesukaran untuk mengingat perkara, membuat keputusan dan mengawal pergerakan tubuh badan, Oleh itu, pengguna dinasihatkan menggunakan telefon bimbit berkuasa paling rendah supaya tidak memberikan impak pada kesihatan.
Pakar komunikasi dan pereka bentuk kini sudah mencipta produk telefon bimbit moden yang menggunakan kuasa yang rendah. Tujuannya bukanlah hanya disebabkan kesihatan, tetapi bagi memanjangkan hayat bateri, mengawal logistik harga, meningkatkan produktiviti dan bagi mengawal haba yang keluar semasa operasi telefon.
Mereka yang selalu mengunakan telefon bimbit terutamanya untuk berbual panjang sering mendapati telinga dan kawasan kulit sekitar tempat menekap telefon akan terasa panas.
Adakalanya kepala menjadi pening, tubuh menjadi lesu dan hilang tumpuan berfikir. Apabila saintis cuba menguji kesan perbualan panjang telefon bimbit, merekamendapati simptom kulit menjadi hangat, pening kepala dan lesu badan itu tidak terjadi. Lalu, saintis menyatakan simptom itu mungkin tiada kaitan dengan penggunaan telefon yang panjang dan kerap, tetapi mungkin kerana gaya hidup pantas masa kini.
Telefon bimbit juga ada dikaitkan dengan barah. Beberapa tahun lepas, Agensi Antarabangsa Penyelidikan Barah mendapati kanak-kanak yang tinggal berdekatan dengan tiang kabel elektrik ada kebarangkalian dijangkiti kanser lebih tingi.
Seperti telefon bimbit, kabel elektrik juga mengeluarkan radiasi, tetapi saintis menekankan radiasi yang terbit daripada kabel elektrik berbeza daripada radiasi yang dikeluarkan oleh telefon selular. Sudah tentu kesannya tidak sama kepada manusia.
Sehingga kini, dengan pelaburan sektor korporat dan bilangan pelanggan yang semakin bertambah di seluruh pelosok dunia, laporan terperinci berkenan natijah penggunaan telefon bimbit semain diperlukan.
Ahli sains, pakar fizik, pakar neurosains dan para jurutera dalam pelbagai bidang elektronik dan komunikasi sedang membuat pelbagai bentuk kajian berkenan penggunan telefon bimbit. Ini termasuklah kesan gelombang radio kepada tekanan darah manusia serta pemikiran kognitif kita seperi kebolehan berfikir, menumpukan perhatian, mengingat dan belajar.
Pada masa ini, kajian dilakukan dengan merujuk kepada laporan berkenaan penggunaan telefon bimbit yang berlanjutan sejak tahun 1980-an. Semakin maju teknologi telefon, semakin banyak ciri keselamatan yang terdapat dalam produk paling mutakhir ini. Contohnya telefon 3G yang terbaharu menggunakan frekuensi yang berbeza dan dikatakan mengeluarkan radiasi yang berkurangan berbanding dengan model lama.
Malah, banyak model telefon kini tidak memberikan kesan ketara kepada pengguna berbanding dengan model telefon beberapa tahun lampau.
Beberapa tahun lepas, kerajaan Britain mengumpulkan sebilangan saintis bagi menghasilkan laporan berkenan penggunaan telefon bimbit yang semakin bertambah dewasa ini. Laporan itu difailkan dan dinamakan The Stewart Report.
Menurut laporan itu, penggunaan telefon bimbit harus dilakukan dengan hati-hati, terutamanya golongan remaja dan kanak-kanak. Pada usia muda, tengkorak remaja dan kanak-kanak masih dalam proses pembentukan.
Maka, gelombang radio daripada telefon bimbit lebih mudah menerobos masuk ke dalam tengkorak mereka. Sel dalam tubuh golongan ini juga masih belum matang, terutamanya sel otak menyebabkan ia lebih mudah menyerap radiasi daripada telefon selular. The Steward Report menyarankan golonan remaja dan kanak-kanak supaya mengelakkan penggunaan telefon yang panjang dan kerap.
Beberapa langkah perlu dilakukan supaya dapat mengelak sebarang mudarat yang bakal menimpa. Langkah-langkah itu seperti menggunakan telefon bimbit apabila perlu sahaja dan jangan kerap “bergayut” di talian.
Perhubungan dengan mesej pesanan ringkas (SMS) adalah lebih selamat daripada bercakap terus menerus. Sekiranya anda mahu membuat panggilan yang panjang, gunakanlah talian tetap. Apabila tidak membuat panggilan, bawa telefon bimbit jauh daripada badan atau letakkan ia ke dalam beg sandang. Elakkan juga daripada meggunakan telefon bimbit semasa liputan lemah. Ini kerana semasa liputan yang rendah, telefon bimbit akan mengeluarkan lebih banyak gelombang radio dalam usahanya berhubung dengan stesen pemancar.