Mesin Padi

on Khamis, 2 Februari 2012

Assalamualaikum...

Sebenarnya tak ada apa yang ZF nak taipkan kat sini, cuma aku sempat ambil gambar beberapa keping mesin padi... Almaklumlah sekarang ini musim menuai padi kat kampung ZF ni, makna kata seminggu lagi semua ahli kampung ZF kaya la....

Emm masa ZF budak-budak dulu, memang suka sangat naik atas mesin padi, tak kiralah mesin padi tu tengah jalan or berhenti, tapi yang best naik time mesin tu tengah menuai padi...Tapi tu dulu, sekarang dah tak boleh dah naik sebab ada kes budak jatuh dari mesin padi tu pastu meninggal... Lagi satu masa dulu kalau nak tangkap ikan dalam sawah aku selalu ikut belakang mesin padi tapi membahaya....

Oklah layan lah gambar tu, mungkin ada kawan-kawan yang tak pernah lihat@tengok, Ni lah rupa mesin padi...




baru nak mula bergerak

di tengah ambil padi sawah ayah aku



haaa tu jerami padi, selalu belakang tulah kami ikut untuk tangkap ikan



hemmm padi pun dah nak penuh dalam tong mesin padi..

sampai atas bumbung pun penuh dengan padi

dah tuang dlm lori kemudia bawa ke kilang untuk di jual
emmm wahai orang kampung aku dah dapat duit padi jangan lupa bayar zakat padi .....
Ranking: 5

Lain-lain cerita yang menarik:-



Comments
0 Comments

{ 0 ulasan ... read them below or add one }

Catat Ulasan