Apa beza GPA dan CGPA?

on Jumaat, 15 April 2011



Mungkin ramai yang masih keliru apakah perbezaan GPA dan CGPA, walaupun sudah hampir setengah tahun pengajian. Apatah lagi untuk mengetahui cara mengira kedua-dua keputusan peperiksaan ini.
Secara ringkas GPA ialah Graede Point Average atau Purata Nilai Gred iaitu nilai yang didapati secara purata terhadap keputusan yang diperoleh bagi satu semester itu. Contohnya ada subjek anda dapat A, ada subjek dapat B-, ada subjek dapat C. Gred A memberikan nilai 4.00, manakala gred B- memberi nilai 2.67 dan gred C memberi nilai 2.00. Purata Nilai Gred anda ialah purata bagi semua keputusan.

CGPA pula bermaksud Cumulative Graed Point Average atau Purata Nilai Gred Kumulatif yang mana ia mendapatkan nilai purata keputusan anda bagi semua semester yang telah dilalui.
Perbezaan antara kedua-dua GPA dan CGPA ini ialah GPA- keputusan untuk satu semester manakala CGPA- ialah jumlah gred keseluruhan semester yang telah dilalui.
Sebelum mengira GPA dan CGPA, penuntut perlulah mengetahui elemen-elemen yang digunakan dalam pengiraan CGPA.
Elemen-elemen tersebut ialah Bilangan Kredit, Mata Nilai-Nilai yang dibawa oleh sesatu gred; contohnya Gred A=4.00, Gred B=3.00 dan seterusnya dan Jumlah Mata Nilai iaitu hasil darab Mata Nilai dengan Bilangan Kredit.
Formula asas bagi pengiraan CGPA ialah Hasil Tambah Jumlah Mata Nilai dibahagikan dengan Hasil Tambah Kredit.


Jika anda ingin berkongsi pandangan atau cadangan boleh menghantar email kepada saya di pencurikids_sinakal[at]yahoo.com
Ranking: 5

Lain-lain cerita yang menarik:-



Comments
2 Comments

{ 2 ulasan ... read them below or add one }

Ayuni berkata...

hm, dh terlalu tahu, dr zaman diploma smapailah thn akhir degree nie...


15 April 2011 pada 10:44 PG
ZF berkata...

hahaha ni sesuai untuk budak leaps SPM..huhuhuhu

klu nak berkongsi Email la kepada saya ye....


15 April 2011 pada 11:39 PG

Catat Ulasan