
Teringat masa belajar dulu, aktiviti ini selalu dicuba- sehelai daun diselitkan di celah-celah sebuah buku dan beberapa hari kemudiannya akan terhasil anak pokok pada tepi daunnya.
Menarik! Rasanya tiada daun lain yang mampu membiak dengan cara begitu dan daun tersebut adalah setawar. Setawar adalah sejenis pokok yang menarik kerana cara pembiakannya menghasilkan anak pokok pada tepi daunnya. Tumbuhan ini adalah tumbuhan yang agak unik kerana akarnya boleh tumbuh tanpa medium lain kecuali udara. Cara pembiakannya begitu mudah iaitu melalui daun. Ia juga boleh membiak melalui biji benih dan keratan batang. Bunganya kecil berwarna kuning kehijauan dan menariknya, tumbuhan ini menyukai tempat yang agak lembab dan redup.
Setawar membiak dengan cepat sekali dan di sesetengah tempat ia tersenarai sebagai rumpai perosak. Daun setawar yang tebal dan berair serta diselaputi dengan bahan berlilin mampu membekalkan makanan dan air kepada anak pokok yang bercambah pada bahagian tepi daun. Setiap tumbuhan mempunyai khasiatnya sendiri, namun ramai yang tidak sedar akan khasiat tumbuhan ini. Dalam perubatan tradisional Melayu, setawar digunakan untuk menyejukan badan terutamanya ketika diserang demam panas. Ia juga terbukti secara saintifik dapat membantu mencegah kanser kerana mempunyai ciri-ciri anti bakteria.
Selain itu ia juga dapat mengelakkan dan mencegah keradangan terutamanya pada kulit, merawat senak perut, cirit-birit dan kembung perut.
Sebarang cadangan dan perkongsian yang ingin dikemukakan boleh la menghantar email kepada saya di pencurikids_sinakal[at]yahoo.com