Cara Memilih Pasangan Perempuan

on Sabtu, 7 Mei 2011

السلام عليكم

Memilih pasangan bukanya Mudah. Kerana silap pilih, merana seumur hidup. Cuba korang belek kat bawah ni dan jadikan panduan dalam memilih pasangan perempuan idaman korang. Cuba je, risiko tanggung sendiri!!!



1. Pastikan perempuan yang korang suka tu takde bulu kaki, tunggul misai dan bersuara macam Mickey Mouse.


2. Seeloknya, cari perempuan yang tak berapa cantik sangat sebab kalau dah terlampau cantik, mesti ramai yang himpit. Cepat kena sakit jantung korang nanti.


3. Jangan dekati perempuan yang bulat mata bila pandang shopping complex, Jika korang tak sanggup tengok  poket korang mengalami kebocoran karang.


4. Perempuan sukakan lelaki yang agak kelakar. Tetapi, jangan pulak korang pergi pakai baju badut semata-mata nak bagi nampak kelakar. Kelakar takde, kena cakar ada la..


5. Jangan bawak balik semua calon pasangan perempuan korang di depan mak korang. Dikhuatiri korang terpaksa melawat ke hospital yang berdekatan nanti...
Ranking: 5

Lain-lain cerita yang menarik:-



Comments
0 Comments

{ 0 ulasan ... read them below or add one }

Catat Ulasan