Kenapa Semut Tak Tidoq?

on Jumaat, 6 Mei 2011

Assalamualaikum


Semut ialah satu-satunya haiwan yang tidak pernah tidur seumur hidup. Hidupnya hanyalah untuk bekerja mengumpulkan makanan dan juga mengawan. Ish! Ish! Ish! sian pulak ZF dibuatnya. Ingat nak masukkan siaran berbayar kat dalam sarang semutlah lepas ni! Tapi kenapa diorang tak tidoq agaknya ye..?? Jom kita tengok fakta-fakta kat bawah ni....




  1. Terlampau rajin berkerja angkut makanan sampai tak ingat nak tidoq. nasib baik semut. Kalau orang, memang jadi kesukaan bakal-bakal mertua pasal kerajinannya.
  2. Disebabkan saiz yang badannya yang kecik, semut cukup risau untuk tidoq takut binatang atau manusia yang lalu-lalang terpijak pasal tak nampak.
  3. Banyak masalah Dalam hidup menyebabkan semut mengalami sindrom tak boleh tidoq malam apatah lagi siang.
  4. Permaisuri semut paksa supaya semut-semut lain jangan tidoq seumur hidup. Kiranya macam pemerintahan diktatorlah!
  5. Tak mampu nak beli tilam mahal untuk tidoq. Nak tidoq atas tanah, takut sakit tengkuk pulak karang.

p/s: Fakta diatas hanyalah rekaan semata-mata dan hanyalah sekadar menghiburkan hati kita pada petang yang mulia ini.... Tapi memang betul Semut tak pernah tidoq...
Ranking: 5

Lain-lain cerita yang menarik:-



Comments
1 Comments

{ 1 ulasan ... read them below or add one }

Catat Ulasan