Di Sebalik Jenama - Tupperware

on Jumaat, 3 Jun 2011

السلام عليكم

TUPPERWARE adalah satu jenama popular untuk produk isian rumah merangkumi barangan bekas persiapan, bekas penyimpanan dan produk alatan bantu memudahkah kerja-kerja di dapur yang mula diperkenalkan kepada umum pada tahun 1946. Tupperware mengembang, menghasil dan mengedarkan produknya secara global oleh syarikat induknya Tupperware Brands Corporation dan dipasarkan secara jualan langsung melalui tenaga jualan persendirian selain mempunyai perunding berjumlah kira-kira 1 900 000 sepenuhnya dimiliki oleh Tupperware Brands Corporation.

Tupperware diwujudkan pada 1946 oleh Ealr Silas Tupperware di Amerika Syarikat. Dia memperkenalkan bekas plastik kedap udara untuk mengisi makanan dan menyimpannya sebelum itu dipatenkan sebagai "burping seal". Tupperware mempelopori strategi pemasaran langsung menerusi salah seorang bekas wakil jualan dari syarikat Stanley Produk Home, Brownie Wise. Dia mengembangkan strategi jualan pada awal 1950-an. Pada peringkat itu, jualan Tupperware dan popularitinya meningkat. Malahan, sebahagian besar kejayaan diperoleh adalah menerusi cara Wise mempengaruhi golongan perempuan untuk menjual Tupperware.

Revolusi pengenalan Tupperware di kalangan wanita bermula semasa Perang Dunia Ke-2 iaitu sasarannya kepada golongan wanita berkerja. Kemunculan Tupperware pada saat ini adalah seolah helah memperdayakan wanita agar 'kembali ke dapur' selain memberitahu mereka agar memberi tumpuan dalam dunia perniagaan pasca-perang. Pada tahun 1958, Earl Silas Tupper dipecat Brownie Wise atas perbezaan pendapat yang biasa dalam operasi perniagaan Tupperware. Hal ini dipercayai bahawa Tupper keberatan terhadap kos yang dikeluarkan untuk sambutan jubli dan perayaan serupa yang lain dari Tupperware.

Pada tahun 1960, Tupperware telah tersebar ke Eropah ketika Mila pond terpilih sebagai tuan rumah mengadakan pesta Tupperware di Weybridge, England, sebelum dikenali di seluruh dunia. Pada 2003, Operasi Tupperware ditutup di England berikutan ketidakpuasan pelanggan dengan model jualan langsung yang menjadi masalah kepada mereka. Bagaimanapun, ia kembali melakukan penstrukturan semula pada tahun 2005. Tupperware kini dijual di hampir 100 negara.


Earl Silas Tupper
Ranking: 5

Lain-lain cerita yang menarik:-



Comments
0 Comments

{ 0 ulasan ... read them below or add one }

Catat Ulasan