السلام عليكم
Menjadi seorang selebriti dan sangat terkenal di dunia Hollywood adakalanya tidak menjamin kebahagiaan diri masing-masing. Setiap seorang selebriti di sana mempunyai ketakutan masing-masing terhadap sesuatu terutamanya seperti peminat yang keterlaluan ataupun pengendap. Tapi itu semua masalah yang nyata namun ada juga antara selebriti-selebriti ini yang mempunyai fobia kearah sesuatu yang lain. Nak tahu apa yang mereka takutkan sangat??? jom kita baca....

DAVID BECKHAM
Walaupun David Beckham ialah seorang ahli sukan yang hebat, model yang memukau selain mempunyai ciri-ciri fizikal yang hampir sempurna sebagai seorang lelaki tetapi itu tidak bermakna yang dia tidak terkecuali daripada mempunyai fobia terhadap sesuatu dan dalam kes David ni beliau mengalami masalah 'ataxophobia' iaitu ketakutan kepada sesuatu yang tidak teratur malahan dikatakan dia akan menyusun air-air minuman tin dalam peti sejuknya dalam satu kaedah khas yang dikehendakinya.
MADONNA
Kadangkala wataknya di pentas nampak ganas dan kelihatan seperti seorang wanita yang tidak takutkan apa-apa tapi ternyata Madonna menghadapi 'brontophobia' iaitu ketakutan kepada guruh.
ORLANDO BLOOM
Pelakon kacak yang berlakon dalam filem pirate of caribbean ini mempunyai masalah 'Swinophobia' iaitu ketakutan kepada Bab 1 atau nama lain khinzir. Hmm.. mungkin dia ada sebab-sebab tersendiri kot.
NICOLE KIDMAN
Pernah membuat pengakuan yang dia seringkali diserang panik bila berada di laluan karpet merah ataupun digelar 'panic attack' tetapi selain dari masalah tadi, Nicole juga mempunyai satu lagi masalh lain iaitu dia fobia kepada rama-rama. Hmm.. susah nak bayangkan orang yang takutkan rama-rama ni. Sedangkan rama-rama ni adalah serangga yang cantik. Patutnya sebagai seorang yang juga cantik macam rama-rama, dia bolehlah menghargai kewujudan rama-rama tapi nampaknya terbalik pulak. Tah-tah jelous sebab rama-rama tu lagi cantik dari dia..huhuhuhu
Sambungan untuk Part 2 klik SINI