السلام عليكم

Masyarakat Melayu paling menggemari kucing sebagai haiwan peliharaan. Kucing adalah mamalia karnivor daripada subspesies felis silvestris catus. Ia adalah keturunan kucing liar Afrika, felis silvestris lybica. Haiwan peliharaan ini adalah salah satu haiwan pemangsa yang paling hebat di dunia. Ia mampu membunuh atau memakan beberapa ribu spesies haiwan lain. Berbeza dengan kucing dikatakan hidup berkelompok di dalam hutan, sama seperti kucing hutan yang kita boleh temui sekarang.
Daya pendengaran haiwan ini lebih peka daripada manusia dan anjing. Ekornya digunakan untuk mengawal keseimbangan badan, terutamanya ketika melompat atau berlati. Kemampuan penglihatan kucing juga sangat baik iaitu enam kali lebih baik daripada manusia dengan luas pandangan sehingga 185 darjah. Matanya mempunyai lapisan perefleksi cahaya yang disebut tapetum, yang berfungsi untuk memperkuatkan cahaya yang masuk ke retina. Selain itu, misai kucing juga mempunyai sensor yang sangat sensitif kepada gelombang. Ia juga boleh digunakan untuk bergerak ketika matanya tidak boleh melihat. Disebabkan itu. kucing tiada masalah untuk bergerak dalam gelap.
Pada abad pertengahan, sekitar abad ke-10 dan 11, kucing dianggap haiwan yang mempunyai kaitan secara langsung dengan ahli sihir. Jesteru, kucing dibunuh secara berleluasa, sama ada dibakar atau dilempar ke bawah gaung yang tinggi. Diseababkan kepercayaan tersebut, ahli sejarah percaya wabak 'black death' atau wabak pes tersebar dengan cepat di Eropah. Ia adalah disebabkan oleh peningkatan populasi tikus yang membawa wabak tersebut. Mitos juga ada menyebut, kucing adalah haiwan yang mempunyai sembilan nyawa. Gelaran tersebut dipercayai diberikan kerana kucing masih mampu hidup jika terjatuh dari tempat tinggi.
Fakta Kucing
Tolong vote ZF yer untuk Blogger of the Year... Tekan gambar tu yer untuk undi....

- Rekod kucing tersebut dipegang oleh Himmy. Pemiliknya bernama Thomas Vyse dari Queensland, Australia. Beratnya mencapai sekitar 20 kilogram.
- Seekor kucing bertina bernama Dusty dari Bonham, Texas disebutkan sebagai kucing paling produktif. Pada tahun 1952 Dusty telah melahirkan 420 ekor anak kucing.
- Pemegang rekod kucing jatuh dari tempat tertinggi adalah kucing bernama Andy. pemiliknya adalah seorang Senator dari Florida bernama Ken Myer. Pada tahun 1970 kucing tersebut jatuh dari pangsapuri tingkat 16 dan ia masih hidup.
- Kucing tertua lahir pada tahun 1903 dan mati pada tahun 1939 (berumur 36 tahun). Kucing tersebut bernama Puss