![]() |
Tampak bergaya |
Sekarang, Boon Siew Honda menampilkan Honda EX5 Dream yang serba baru dengan warna emas yang lebih menyerlah, termasuk pengguaan rekaan grafik terbaru dengan gaya memukau. Didatangkan dengan penambahan ciri-ciri keselamatan dan rekaan, EX5 Dream menggunakan enjin empat lejang sejukan udara, bergandingan dengan gear jenis manual empat kelajuan. Malahan terdapat perubahan terbaru pada sistem kunci yang menjamin keselamatannya dan penampilan speedometer yang lebih menonjol.
Selain berwarna emas terdapat juga warna yang lain iaitu ungu gelap dan warna biasa seperti biru gelap, merah dan putih. Masih mengekalkan harga yang rendah iaitu RM3,998 bagi penghidup tendang manakala RM4,268 bagi penghidup elektrik.