السلام عليكم
Melancong merupakan satu aktiviti yang menyeronokkan, sesetengah daripada kita lebih gemar melancong secara berkumpulan namun ada juga yang lebih suka bersendirian. Jadi untuk mendapatkan kepuasan maksimum dalam percutian pilihan yang tepat perlu dilakukan.
KEBAIKAN
1. Sepanjang percutian anda boleh berkongsi semua pengalaman yang indah dan saat manis bersama-sama.
2. Bercuti secara berkumpulan lebih seronok terutama ketika waktu makan kerana pada waktu itu anda berborak dan bergelak ketawa dan suasana tidak membosankan.
3. Jika jatuh sakit, barang dicuri atau terjebak dengan masalah lain, anda mempunyai rakan atau saudara-mara yang boleh membantu.
4. Bercuti dalam kumpulan tidak kira kecil atau besar membuatkan percutian anda lebih mudah dan banyak manfaat. Sebagai contoh: ada orang lain yang menjaga beg jika ke tandas atau membantu anda ketika sakit atau tidak larat beratur membeli tiket.
5. Kos percutian menjadi lebih murah jika bercuti beramai-ramai kerana anda boleh berkongsi bayaran bilik atau makan.
KEBURUKAN
1. Sangat melecehkan ketika membayar sesuatu seperti makan. Si A atau B makan apa, berapa harganya dan berapa bakinya.
2. Akan sentiasa berjalan bersama ke mana sahaja dan dengan itu, kebebasan amat terbatas.
3. Jika berhadapan dengan masalah, sangat mudah untuk menyalahkan satu sama lain.
4. Anda tidak punya waktu yang boleh dinikmati sendirian kerana rakan atau saudara-mara boleh mengajak anda berborak pada bila-bila masa