Rahsia disebalik menyarung cincin perkahwinan dijari manis.

on Ahad, 13 Mei 2012

السلام عليكم

Dimusim cuti sekolah yang telah pown bermula, ramai yang mengambil kesempatan untuk mengadakan  kenduri tak kiralah sama ada majlis perkahwinan, kesyukuran atau pun bersunat. Majlis perkahwinan adalah saat yang paling dinanti-nantikan bagi setiap pasangan pengantin. Pengantin diraikan seperti raja sehari. Namun pernahkah anda semua terfikir kenapa perlunya kita menyarung cincin dijari manis dan bukannya pada jari-jari yang lain..??? Untuk menjawab persoalan ini mari kita lihat kebawah...



Langkah yang pertama anda perlulah meniru gaya seperti gambar di bawah...(Bagi meraka yang normal sahaja)

Seterusnya anda boleh cuba buka ibu jari anda. Ternyata ibu cari boleh dibuka. Ibu jari ibarat ibu bapa kita. Manusia mengalami sakit dan kematian, oleh kerana demikian ibu bapa kita juga akan meninggalkan kita suatu hari nanti.

Tutup kembali ibu jari anda dan sekarang cuba anda buka jari telunjuk pula. Jari telunjuk mewakili saudara kita (abang,kakak,adik). Mereka pasti akan memiliki keluarga sendiri dan mereka juga akan meninggalkan kita suatu hari nanti.

Tutup kembali jari telunjuk anda dan cuba anda buka jari kelingking. Jari kelingking mewakili anak-anak. Mereka juga pasti meninggalkan kita apabila dewasa nanti..

Sekarang anda tutup kembali jari kelingking dan cuba anda buka jari manis dimana jari kita menyarungkan cincin perkahwinan. PELIK!!!! jari manis tidak dapat dibuka. Jari manis mewakili suami isteri. Sepanjang hidup, anda dan pasangan anda akan terus melekat satu sama lain, bak kata orang tua-tua sehidup semati.



Sebenarnya ZF cuma nak ketengahkan nilai pengajaran sahaja. Perbuatan ini mukin hanya lah mitos, rekaan dan mugkin hanya satu kebetulan sahaja. Nasihat ZF cuma jangan cuba mempermainkan perasaan pasangan kita. Cara pemakaian mengikut sunnah adalah seperti berikut:

Nasihat Nabi Muhammad SAW kepada Saidina Ali.. Sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangannya, Nabi Muhammad SAW berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari :
  1. Jari manis
  2. Jari kelingking (anak jari)

dan jangan memakai pada jari:

  1. Jari tengah
  2. Jari telunjuk

Nabi Muhammad SAW melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.

Perhatian:
Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan.





Tolong vote ZF yer untuk Blogger of the Year... Tekan gambar tu yer untuk undi....



Ranking: 5

Lain-lain cerita yang menarik:-



Comments
4 Comments

{ 4 ulasan ... read them below or add one }

Ca Ezah berkata...

gud information..nice sharing...mmg x kan paki pon cincin kat jari lain selain jari manis...

jom singgah sekadar renungan..

http://cikduyung.blogspot.com/2011/06/andai-si-kecil-mampu-bersuara-sebelum.html


3 Jun 2011 pada 12:40 PG
Cik Angah berkata...

btul apa ZF bgtahu...thanx for the information... =))


27 Julai 2011 pada 5:13 PTG
Mohamad Fathi berkata...

Ohh.. macam tu.. terbaik! :f


14 Mei 2012 pada 11:54 PG

Catat Ulasan