Semasa ZF tengah servey-servey nak beli kasut kat internet tiba-tiba ZF ternampak kasut yang gila cool ni. Jadi ZF nak berkongsikan dengan korang semua. Kasut ini adalah keluaran Nike.inc. Kasut ini adalah edisi terhad yang dikeluarkan oleh Nike dan dijual di E-bay sahaja.
Kasut ini hanya dijual sebanyak 1,500 unit sahaja didalam dunia. Kasut ini dijuak pada harga $4,000 kalau duit Malaysia pandai-pandai la korang kira yer. Sebahagian wang hasil jualan ini akan disumbangkan kepada Michael J. Fox Foundation untuk kajian tentang penyakit Parkinson.
Lupa pulak nak bagitau yang kasut ni ada lampu LED pada tulisan Nike dengan tapak kasut tu. korang boleh tengok macam gambar kat atas tu yang menyala-nyala.
Kalau korang berminat ZF rasa dah terlambat kot sebab kasut ni dikeluarkan 8 Semtember 2011 lalu. Tah-tah dah habis pown dijual. Tapi rasa nya China ada copycat design kasut ni pastu dya jual dengan harga RM 1000.