Yang mana kupu-kupu dan rama-rama?

on Selasa, 7 Februari 2012

Assalamualaikum,

Ramai yang keliru antara kupu-kupa dan rama-rama. ZF nak tanya anda semua yang mana kupu-kupu dan yang mana rama-rama.

Adakah anda mengatakan ini kupu-kupu

ini pula rama-rama?

Jika anda berfikir seperti diatas cuba lah ubah mind set anda kerana gambar pertama adalah rama-rama dan gambar kedua adalah kupu-kupu. Betul ker??? kalau korang tak percaya tengok kat wikipedia.. Yang berwarna warni dan cantik itu kupu-kupu dan gelap dan kurang menarik itu rama-rama.

Cara membezakan kupu-kupu dan rama-rama.
Perbezaan utama ialah pada sesungutnya. Kebanyakan kupu-kupu mempunyai sesungut berfilamen yang langsing dan berbentuk belantan di hujungnya. Sesungut rama-rama pula lebih berbulu.

Perbezaan lain ialah rama-rama akan merentangkan sayapnya apabila berehat, sementara kupu-kupu sayapnya terlipat tegak di atas tubuh pada waktu berehat.

Kebanyakan kupu-kupu aktif pada siang hari dan oleh itu berwarna-warni, manakala rama-rama aktif pada malam hari dan tertarik kepada cahaya lampu.


Jadi mari kita ubah mind set kita bahawa


Ini rama-rama

dan ini pula adalah kupu-kupu..

Lepas ni kalau cakap nak pergi taman rama-rama kena tukar la ke taman kupu-kupu baru betul..





Ranking: 5

Lain-lain cerita yang menarik:-



Comments
4 Comments

{ 4 ulasan ... read them below or add one }

Tanpa Nama berkata...

LAaa .. yeke ? baru tahu oh ! huhu


7 Februari 2012 pada 7:08 PTG
ZF berkata...

@Yasmin Aris ♥ZF pown baru tau ari ni tgk tv pastu terus cari kat internet..


7 Februari 2012 pada 7:13 PTG
Umie Naziera berkata...

oh yeaaa,baru ku tahu..hishh


8 Februari 2012 pada 9:58 PG

Catat Ulasan