Kaca Mata Diet - MetaCookie+

on Ahad, 22 April 2012

Assalamualaikum,

Bagi mereka yang selalu mengalami masalah untuk mengehadkan kuantiti pengambilan makanan, ciptaan alat ini sememangnya dapat membantu mereka.

Pereka di Universiti Tokyo telah mencipta prototaip dua kaca mata untuk ‘menipu’ otak bahawa mereka sedang mengambil makanan dalam kuantiti besar sehingga 50 peratus daripada saiz asal.

Fungsi kedua-dua alat ini adalah untuk mengurangkan selera makan dengan cara menipu minda sedar mereka.

Salah satu kaca mata itu, MetaCookies+ turut dilengkapi alat untuk mengesan bau makanan yang mereka ingin makan walaupun sebenarnya ia hanyalah khayalan.

Kaca mata kanta biru tersebut berfungsi untuk menjadikan makanan nampak tidak menyelerakan. Lihat gambar dibawah.



Menurut Syarikat Yumetai, hasil kajian sains mendapati warna biru dapat menenangkan pusat selera di otak manusia.
Ranking: 5

Lain-lain cerita yang menarik:-



Comments
1 Comments

{ 1 ulasan ... read them below or add one }

Unknown berkata...

wah ! menarik nih . untuk para diet memang sesuailah . macam aku nih tak sesuai . nanti lagi kurus ! haha !


22 April 2012 pada 5:12 PTG

Catat Ulasan