Assalamualaikum,
Seperti kita semua tahu bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah memutuskan bahawa Telefon bimbit dibenarkan dibawa oleh para perlajar mulai tahun 2013. Dengan pengumuman ini pelbagai reaksi telah dapat kita lihat dimana ramai Ibu Bapa, dan Guru-guru dan pelajar itu sendiri telah membantah dengan tindakan tersebut.
Disini ZF bukanlah hendak membantah tapi ini mengingatkan bahawa terdapat beberapa keburukan sekiranya pelajar diberikan kebenaran untuk membawa telefon bimbit ke sekolah. Seperti pepatah mengatakan lebih baik mencegah daripada merawat.
Antara masalah yang mungkin akan dihadapi oleh guru dan pihak sekolah itu adalah:-

- Penyebaran gambar-gambar dan filem porno, leka bermain game dan berbalas sms dengan rakan ketika guru mengajar
- Pengajaran dan pembelajaran tidak akan mencapai objektif kerana tumpuan pelajar tidak kepada pengajaran guru sebaliknya leka dengan telefon dan gadget yang dibawa.
- Kecurian telefon bimbit atau gadget juga akan membawa masalah kepada guru-guru terutama guru disiplin.
- Guru disiplin yang sebelumnya macho habis dalam menangani kes-kes disiplin bakal menjadi tikus mondok atau kura-kura yang menyorokkan kepalanya kerana pastinya guru disiplin tidak mahu aksinya dirakam dan dimuat naik ke youtube.
- Dan masalah yang lain-lain lagi
Tindakan ini juga mungkin membuatkan guru sering dipermainkan kerana kembalinya pelajar itu ke sekolah yang sama menggambarkan seolah-olah tiada undang-undang yang dapat dikenakan terhadap pelajar demikian. Pelajar bermasalah ini menjadi semakin berpengaruh di sekolah dan menjadi ikutan ramai pelajar lain.