Tiada had harga telefon pintar bagi rebat RM200 SKMM

on Rabu, 2 Januari 2013

Assalamualaikum,

Disebabkan mendapat kritikan hebat dari semua belia di Malaysia. Kabinet bersetuju untuk tidak meletakkan had harga untuk membeli telefon pintar menggunakan rebat RM200 yang mana belia hanya boleh membeli telefon pintar yang berharga RM500 dan kebawah.


Perkara ini dikongsikan oleh Dato' Rais Yatim melalui laman twitternya yang menyatakan kabinet bersetuju untuk menawarkan apa juga jenis telefon pintar. Namun percayalah pastinya perkara ini masih tertakluk kepada syarikat telekomunikasi ataupun pengedar dan penjual dalam menawarkan pakej serta pelan untuk sesuatu peranti tersebut.


Bagi mereka yang merasakan ingin menebus rebat ini boleh lah mengakses halaman rasmi SKMM sendiri dan dapatkan maklumat yang lanjut disitu..
Ranking: 5

Lain-lain cerita yang menarik:-



Comments
0 Comments

{ 0 ulasan ... read them below or add one }

Catat Ulasan