Memaparkan catatan dengan label Google. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Google. Papar semua catatan

[Google Drive Link] Agen Ali (Update Episode 5)

on Rabu, 3 Ogos 2016

Assalamualaikum,


Setelah kerjayaan animasi 3D Malaysia Upin dan Ipin dan juga BoboiBoy.. Kini sebuah lagi syarikat tempatan telah menghasilkan Animasi 3D terbaru iaitu Ajen Ali dari Wau Animation. Wau Animation merupakan sebuah studio animasi CG (computer graphics) yang ditubuhkan pada 18 Mac 2013 oleh sekumpulan bakat muda kreatif yang memiliki sehingga 7 tahun pengalaman dalam menghasilkan CG siri animasi dan filem yang memenangi anugerah berganda.



Secara ringkas sinopsis cerita ini setelah 3 episode yang ZF tonton adalah animasi ni menceritakan Ali yang merupakan pelajar sekolah yang secara kebetulan telah mengaktifkan IRIS yang merupakan alat ciptaan MATA Training Academy sebuah makmal rahsia yang  menjalankan risikkan terhadap kes-kes jenayah. IRIS boleh meramal bahaya dan kaedah untuk menaganinya. Disebabkan IRIS hanya boleh mengenal pengguna yang pertama mengaktifkannya. Pihak MATA Training Academy terpaksa menjadikan Ali menjadi ejen untuk menyelesaikan misi untuk mengunakan IRIS kerana itu.

Dibawah adalah di Link untuk mendownload Agen Ali.



Jom Melawat Datacenter Google.

on Rabu, 24 Oktober 2012

Assalamualaikum,

Pernah anda terfikir bagaimana ejen carian terbesar dunia Google berfungsi? Dan bagaimana semua data-data kita disimpan? Jika itu menjadi persoalan diminda anda mari ZF bawakan anda untuk melihat atau alami sendiri suasana bagaimana berada dipusat data Google.

Paip berwarna-warni ini berfungsi untuk menyejukan server-server yang terdapat disitu. Paip yang berwarna biru membawa air sejuk dan paip yang berwarna merah membawa air panas hasil dari haba yang dikeluarkan oleh server dan dibawa ke pusat penyejukan.

Disini lah dimana air panas tadi dibawa untuk disejukan semula. Wap-wap air ini kelihatan cantik lebih-lebih lagi ketika senja menjelang.

Disini lah server dan data-data disimpan. Dahulunya kawasan ini adalah sebuah kilang kertas dan disebabkan struktur lantainya yang bersifat menyejukan jadi sesuai untuk meletakan server-server ni.

Untuk memastikan semua data-data disimpan dengan selamat terdapat bilik untuk melakukan backup bagi menjamin sebarang kemungkinan yang akan berlaku kepada data-data asal.

Untuk lebih banyak gambar lagi anda boleh ke Google Datacenter Gallery dan sekiranya ingin melawat sendiri kilang mereka anda boleh ke Google StreetView disini anda boleh mengalami sendiri perasaan dimana anda seolah-olah berada di kilang Google yang sebenar.

Malaysia antara negara, kelajuan internet paling slow didunia!

on Selasa, 24 April 2012

Assalamualaikum,


Ejen carian internet terbesar dunia, Google telah mengesahkan bahawa negara Malaysia adalah antara negara yang paling lama mengambil masa untuk loading Web pages di PC mahupun Laptop mereka, berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Google.

Anggaran masa yang diambil untuk loading sesuatu web pages di sebuah komputer adalah sekitar14.3 saat dan meletakkan Malaysia di kedudukan ke-5 dalam golongan sambungan internet paling perlahan berbanding negara-negara seperti Colombia, Argentina dan Peru.

Menurut satu laporan yang dikeluarkan oleh Bloomberg berdasar kajian Google menyatakan bahawa Venezuela dan India serta jiran kita Indonesia dan Asean Filipina masih berada ditahap terendah dari  Malaysia.

Walaubagimanapun jika menggunkan internet melalui telefon, Malaysia berada ditangga teratas dalam senarai sambungan internet paling lembab dengan purata masa yang diambil adalah 12.7 saat.

Disini adalah kedudukan negara-negara yang berada di golongan teratas dan terbawah bagi loading di komputer dan telefon:

Top 10 in Desktop Speeds (in seconds)
Slovak Republic (3.3)
South Korea (3.5)
Czech Republic (3.7)
Netherlands (3.9)
Japan (4)
Denmark (4.3)
Switzerland (4.3)
Sweden (4.5)
Belgium (4.6)
Norway (4.8)

Bottom 10 in Desktop Speeds (in seconds)
Chile (10)
Colombia (10.2)
Peru (11.7)
Brazil (11.8)
Argentina (12.8)
Malaysia (14.3)
Venezuela (14.9)
India (15.1)
Philippines (15.4)
Indonesia (20.3)

Top 10 in Mobile Speeds (in seconds)
South Korea (4.8)
Denmark (5.2)
Hong Kong (5.9)
Norway (6)
Sweden (6.1)
Estonia (6.2)
Czech Republic (6.3)
Japan (6.4)
Romania (7.5)
Slovak Republic (7.6)

Bottom 10 in Mobile Speeds (in seconds)
Malaysia (12.7)
Indonesia (12.9)
Singapore (12.9)
Mexico (14.1)
Brazil (15.8)
Argentina (16.3)
India (16.4)
Thailand (17.4)
Saudi Arabia (21.2)
United Arab Emirates (26.7)

Walau pown bagitu rasa ZF mungkin adil bagi Malaysia berada didalam golongan ini kerana hanya terdapat beberapa sahaja ISP yang terdapat  di Malaysia jika dibandingkan negara yang lain.

Google Project Glass

on Isnin, 16 April 2012

Assalamualaikum,


Google adalah satu ejen carian yang terkenal diseluruh dunia. Sebut sahaja Google semua sudah tahu fungsinya. Kini Google cuba memberikan pembaharuan kepada penggunanya dengan berkongsikan sedikit info mengenai projek terbaru mereka iaitu Project Glass.

Apa itu Project Glass?? Adalah satu gadget terbaru yang bakal dikeluarkan oleh Google iaitu cermin mata yang membolehkan kita melihat maklumat secara visul dihadapan kita seperti keadaan cuaca semasa dan juga boleh berhubung dengan rakan-rakan secara real-time messages. Lihat video dibawah untuk melihat dan memahami lagi bagaimana ianya berfungsi.


Sungguh menarik bukan??? Menurut New York Times gadget ini bakal dikeluarkan di penghujung tahun 2012. Gadget ini menggunakan Android-based serta menggunakan sambungan 3G @ 4G.

Apps untuk kesan kehilangan Smartphone anda

on Jumaat, 9 Mac 2012

Assalamualaikum,

Image courtesy Sprint-tep
Teknologi kini, telah merubah cara kita menggunakan telefon. Kini, telefon pintar adalah seperti komputer kecil yang mampu memberikan perubahan cara hidup seharian kita. Ini menyebabkan kita banyak bergantung dengan telefon pintar ini untuk menyimpan maklumat-maklumat yang ada.

Sekiranya telefon kita hilang, ianya pasti menjadi satu keadaan yang sangat merunsingkan bagi mereka yang menghadapinya, insyaAllah, saya akan membantu dengan trick-trick berikut.

Sebelum memulakan trick tersebut, berikut adalah syarat-syarat yang perlu ada.
1) Smartphone yang dikuasakan dengan android OS. (bg iOS tiada caranya disini tapi boleh dilakukan).
2) Smartphone yang hilang tersebut mestilah berada didalam keadaan ON.
3) Smartphone tersebut mempunyai rangkaian internet sama ada disambung ke data plan telco ataupun WIFI.
4) Email android market (GMAIL) Digunakan diphone tersebut.

Trick ini akan menggunakan teknologi GPS bagi mengesan smartphone anda. berikut adalah cara-caranya.

1) Login ke google mail dan klik link Android Market Web ataupun login daripada android market web (Semestinya email yang sama dengan Email android market yang digunakan diphone anda)

google mail
2) Taip "Plan B" dan tekan enter untuk mencari apps tersebut.
Google Play (mengantikan android market)
3) Klik Install pada apps Plan B.
Klik Install
4) Popup akan timbul, kemudian Klik Install, Google Play akan install apps tersebut kedalam smartphone yang anda ini cari tadi secara remotely.
Pilih smartphone yang anda ingin install
apps tersebut akan di Install secare remotely kedalam smartphone tadi
5) Sekiranya Syarat-syarat yang ditetapkan dipenuhi, smartphone anda secara automatik akan run program tersebut. Salah satu masalahnya ialah, apps tersebut akan memaparkan info yang ianya sedang berfungsi seperti image dibawah.
screen ini akan muncul menandakan program tersebut sedang berfungsi
6) Anda akan mendapat email daripada apps tersebut dan kedudukan smartphone anda akan dipaparkan di google maps.
email daripada program tersebut
Diharap cara diatas dapat membantu anda. disamping itu juga, ianya boleh digunakan untuk track GF/BF or husband/Wife anda.

INFO
1) Kedudukan anda tidak boleh diketahui oleh orang lain melainkan sekiranya dia TAHU PASSWORD EMAIL yang anda gunakan untuk smartphone anda.
2) Apps ini adalah percuma dan run 24-jam diphone anda tanpa boleh dimatikan selain daripada force stop.
3) Apps ini akan menghantar kedudukan smartphone anda setiap 3-5 minit selagi apps tersebut tidak dimatikan.




Kredit to: eddytech

Let it Snow

on Rabu, 21 Disember 2011

Assalamualaikum,


Syarikat carian internet gergasi dunia Google telah melancarkan satu pelayar Web khas bagi carian Let it Snow dimana pelayar Web anda akan mula dituruni salji dan screen anda seolah-olah sedang membeku perlahan-han sehingga ianya sukar dibaca...

Untuk menghilangkan kesan khas terbabit anda boleh menekan butang "defrost". Yang lebih menarik tentang kesan khas ini adalah pengguna boleh menulis apa-apa sahaja dengan klik dan sorotkan kursor mouse anda..



Idea ini di inspirasi dari lagu Let it Snow nyanyian Dean Martin's dimana lagu ini sunguh popular satu ketika dahulu pada hari Krismas. Jom kita layan lagu ini dari youtube yang telah mencampai 7,827,719 hit sejak diupload pada 2 dec 2008.




--->klik sini untuk Review IPhone 4s <---
--->Dapatkan Kaspersky Internet Security 2012 hanya RM27 sahaja<---
--->Mari serta komuniti forum paling tersentap diMalaysia di Sentap.net<---
---> MahukanSamsung Galaxy W lihat sini dahulu<---
--->Jana pendapatan sampingan dengan churpchurp<---

Jambatan untuk Air

on Jumaat, 16 Disember 2011

Assalamualaikum,

Kali ni ZF nak tunjukan kat anda semua dengan satu benda pelik yang wujud kat dunia ni. Selalunya kontraktor buat jambatan untuk jalan bagi kenderan di darat saja. Kali ni ZF nak tunjukan Jambatan untuk laluan bot pulak atau lebih senang nak orang akan panggil Jambatan Air.

Jambatan ini terletak di German dibandar Magdeburg. Jmabtan ini dikenali sebagai Magdeburg Water Bridge. Ia mempunyai panjang 918 meter, dibina daripada 24 000 tan keluli dan 68 000 meter padu konkrit.








--->klik sini untuk Review IPhone 4s <---
--->Dapatkan Kaspersky Internet Security 2012 hanya RM27 sahaja<---
--->Mari serta komuniti forum paling tersentap diMalaysia di Sentap.net<---
---> MahukanSamsung Galaxy W lihat sini dahulu<---
--->Jana pendapatan sampingan dengan churpchurp<---

Bayi keliru mana satu iPad, majalah [video]

on Ahad, 16 Oktober 2011

السلام عليكم

BAYI perempuan ini keliru apabila majalah yang diberikan tidak berfungsi sama seperti iPad milik ibunya. - YouTube
LONDON - Benarkah pengasas bersama firma elektronik Apple Corp, mendiang Steve Jobs telah menunjukkan hala tuju masa depan manusia?

Sebuah akhbar di Britain melaporkan itulah yang kelihatan berlaku kepada seorang bayi perempuan.

Baru berusia setahun, bayi itu sudah pandai mengetik skrin komputer iPad milik ibunya tetapi apabila sebuah majalah diletakkan di hadapannya, dia menjadi keliru.

Anak kecil tersebut tidak faham mengapa gambar dalam majalah tidak bergerak seperti imej di skrin iPad apabila ditekan.

Telatah lucunya mencetuskan sensasi di laman perkongsian video YouTube selepas ibunya menghantar rakaman klip video berkenaan yang disiarkan baru-baru ini.

"Bagi anak saya, majalah adalah komputer iPad yang tidak berfungsi. Semua itu berlaku kerana Steve Jobs. Dia mungkin tidak berminat dengan buku apabila meningkat dewasa kelak," kata tulisan pada penghujung klip video berkenaan. - Agensi




video yang dimaksudkan

Lindungi computer anda dari ancaman virus dengan KIS hanya RM 27 sahaja
Hanya RM 27

Kenapa nilai Pi = 3.14???

on Sabtu, 17 September 2011

السلام عليكم

Tentu korang semua pernah belajar math kan masa zamana sekolah dulu... Jadi tentu anda tahu tentang nilai PI.. Sperti yang kita tau nilai PI bersamaan 22/7 atau 3.14... Tetapi tentu anda tidak tahu bahawa ni PI sebenarnya bersamaan 3.142857142857142857142857142857142857142857142857142857142857142857......... dan seterusnya...... Nilai PI sebenarnya tidak boleh dikira kerana jika dikira sebetul-betulnya 6 number selepas titik itu akan terus berulang sehingga infiniti (iaitu 142857).

Jadi kena kita hanya mmengambil nilai 3.14 jer sebagai nilai PI??? Nak tau kenapa lihat gambar kat bawah...


Hehehe just sekadar suka-suka jer... Jangan percaya lak... Tapi kalau nak ak tau jugak dari mana datangnya nilai PI ni boleh ke sini atau sini

Internet Browser mempengaruhi IQ seseorang

on Rabu, 3 Ogos 2011

السلام عليكم



NEW YORK, Amerika Syarikat (AS) – Satu kajian baharu mendapati para pengguna perisian Internet Explorer (IE) adalah bodoh kerana mereka memiliki purata tahap kecerdasan intelektual (IQ) cuma 80, lapor sebuah akhbar semalam.


Internet Explorer (IE) yang mula digunakan pada awal 1990-an merupakan sistem operasi komputer popular ciptaan firma Microsoft yang diterajui bilionair, Bill Gates.

Kajian tersebut dilakukan oleh firma perunding Kanada, AptiQuant yang menguji 101,326 orang berusia 16 tahun dan ke atas dari pelbagai negara termasuk AS, Kanada, Britain, Australia serta New Zealand.

Mereka diminta mengambil ujian IQ manakala sistem operasi dan lokasi komputer mereka direkodkan menerusi alamat protokol Internet (IP).

Kajian mendapati mereka yang menggunakan IE rata-ratanya hanya memiliki IQ cuma sekadar 80.

Menurut skala IQ, kepintaran manusia normal ialah 100 manakala angka 80 dan ke bawah menunjukkan seseorang itu mengalami terencat akal.

Kajian sama mendapati pengguna sistem operasi Firefox atau Google Chrome memiliki IQ melepasi tahap normal iaitu sekitar 110.

Pengguna sistem operasi Opera atau Camino dikategorikan sebagai paling bijak dengan tahap IQ sekitar 120.

Kajian tersebut merumuskan bahawa IE masih popular dalam kalangan jutaan pengguna kerana ia mudah dan seseorang itu tidak memerlukan IQ yang tinggi untuk menggunankannya.

- Agensi

Laman web CIA digodam

on Khamis, 16 Jun 2011

السلام عليكم



Baru-baru ini laman web CIA digodam oleh sekumpulan pengodam yang mengelarkan diri mereka lulz Security. Serangan yang dilakukan menyebabkan laman web Agensi Perisikan Pusat Amerika Syarikat itu lumpuh selama dua jam... Malaysia jugak tidak terlepas dari tempias oleh masalah ini.. Sekurang-kurangnya sebanyak 51 laman sesawang milik kerajaan Malaysia menjadi target oleh pengodam... Tetapi pengodam yang telah menyebabkan laman web tersebut tidak dapat dilayari dikatakan 99% adalah berasal dari masyarakat Malaysia.. 

Jika penggodam wang menggodam laman sesawang sebagai Lulz Security manakala di Malaysia mereka menggelarkan diri mereka sebagai Anonymous.. Sebab utama mereka melakukan perkara itu dikatakan berpunca daripada sifat tidak puas hati terhadap kerajaan Malaysia yang telah menyekat beberapa laman sesawang yang membolehkan pengguna memuat turun filem dan jenis hiburan lain secara haram atau cetak rompak.. Serangan yang digelar Operation Malaysia bermula jam 3.30 pagi pada hari Khamis bersamaan 16 jun 2011.. 

Laman sesawang SKMM juga turut cuba digodam namun gagal... Walau bagaimana pun pihak polis berusaha untuk mencari dalang di sebalik serangan yang dilakukan... Adakah serangan ini adalah dilakukan oleh rakyat Malaysia atau hanya penyamar yang dilakukan untuk menyembunyikan identiti sebenarnya... Jadi berhati-hati lah dengan jenayah siber yang sedang banyak ibarat cendawan tumbuh selepas hujan..


Tolong vote ZF yer untuk Blogger of the Year... Tekan gambar tu yer untuk undi....


Blogspot tidak lagi boleh di login menggunkan akaun Yahoo????

on Selasa, 19 April 2011

Salam wat pembaca ZF yang dikasihi...

Dalam beberapa hari ini ZF ada terbaca beberapa artikal mengenai pengguna blogspot tidak lagi boleh menggunakan email Yahoo untuk untuk login keblog mereka... Adakah perkara ini betul???



Habis la ZF.... ZF adalah salah seorang dari pengguna blogspot yang menggunakan email Yahoo untuk login masuk ke blog.... hrmmmmm.....

ZF sekarang masih 80-20 la nak caya atau tak benda ni.... sebab ada banyak kemungkinan yang dapat disangkal mengenai artikal yang disebarkan oleh orang yang tak bertanggungjawab ni.... Kenapa ZF cakap begitu sebab orang tersebut tidak membuat link dari mana datangnya sumber berita tersebut....

Jika google menghentikan pengguna blogspot yang mrnggunakan email Yahoo.... Sudah tentu meraka sendiri bakal mengalami kerugian sekiranya difikir secara logiknya... Satu lagi kenyataan yang dapat menyangkal fakta yang cuba disebarkan ni adalah sebagai contoh ada satu ketika dahulu gempar yang mengatakan bahawa Facebook akan ditutup.... Tapi sampai sekarang kita masih lagi boleh menggunakan Facebook kan???:)

Sebagai langkah keselamatan untuk tidak mengusutkan kepala anda,,, tukar lah email Yahoo anda kepada Gmail....

Kini ZF telah pown menemuinya jawapan yang betul2 kukuh bagi persoalan ini di http://www.myetech9.com/2011/04/blogger-isu-wajib-pakai-emel-google.html


Cari suara GOOGLE kini dalam BAHASA MELAYU

on Sabtu, 16 April 2011


GOOGLE mengumumkan carian suara Google dalam versi Bahasa Melayu, yang sebelum ini hanya terdapat dalam bahasa Inggeris, bagi membantu carian lebih cepat dengan hanya menyuarakan apa yang diinginkan pada telefon pintar daripada menaip.

Lebih 31.5 juta pelanggan telefon bimbit, tahap penembusan adalah sebanyak 108.8 peratus dan jumlah telefon pintar untuk dua daripada lima telefon yang dijual pada 2010, telah menunjukkan pertumbuhan besar dalam jumlah permintaan carian melalui telefon, berbanding komputer. Menggunakan aplikasi mudah alih Google, pengguna kini lebih mudah melakukan pencarian ketika mereka di mana jua dengan hanya menekan butang mikrofon dan bercakap terus ke telefon dalam Bahasa Melayu atau salah satu daripada 19 bahasa lain yang terdapat dalam carian suara Google. Pengurus Produk Google Asia Tenggara, Andrew McGlinchey berkata, pelanggan carian suara Google adalah pengguna telefon sebagai cara utama untuk mengakses web, dan penting untuk membantu carian mudah alih untuk apa jua peranti atau bahasa yang digunakan.

"Suara adalah cara yang paling penting untuk berinteraksi dengan telefon, lebih cepat dan lebih mudah daripada menaip pada skrin sentuh kecil atau papan kekunci," katanya. Pengguna tidak perlu untuk memuat turun perisian suara khusus bagi menggunakan carian suara. Carian suara dalam Bahasa Melayu ini adalah kombinasi daripada teknologi pengenalan ucapan Google. Untuk membina carian suara ini, Google mengajarkan komputer memahami suara dan kata-kata yang membentuk bahasa lisan dengan berkerjasama dengan penutur asli untuk mengumpul contoh model ucapan bagi membantu memperkuatkan perkhidmatan.

Manakala, untuk Bahasa Melayu, Google berkerjasama dengan sukarelawan mahasiswa tempatan untuk mengumpul sample yang kemudian diintegrasikan ke dalam model bahasa.Carian suara kini boleh didapati untuk telefon Android 2.1, 2.2, dan 2.3, iPhone dan Blackberry, menerusi m.google.com.my/voicesearch.

Blackberry



Android




iPhone