السلام عليكم
Tolong vote ZF yer untuk Blogger of the Year... Tekan gambar tu yer untuk undi....

Baru-baru ini laman web CIA digodam oleh sekumpulan pengodam yang mengelarkan diri mereka lulz Security. Serangan yang dilakukan menyebabkan laman web Agensi Perisikan Pusat Amerika Syarikat itu lumpuh selama dua jam... Malaysia jugak tidak terlepas dari tempias oleh masalah ini.. Sekurang-kurangnya sebanyak 51 laman sesawang milik kerajaan Malaysia menjadi target oleh pengodam... Tetapi pengodam yang telah menyebabkan laman web tersebut tidak dapat dilayari dikatakan 99% adalah berasal dari masyarakat Malaysia..
Jika penggodam wang menggodam laman sesawang sebagai Lulz Security manakala di Malaysia mereka menggelarkan diri mereka sebagai Anonymous.. Sebab utama mereka melakukan perkara itu dikatakan berpunca daripada sifat tidak puas hati terhadap kerajaan Malaysia yang telah menyekat beberapa laman sesawang yang membolehkan pengguna memuat turun filem dan jenis hiburan lain secara haram atau cetak rompak.. Serangan yang digelar Operation Malaysia bermula jam 3.30 pagi pada hari Khamis bersamaan 16 jun 2011..
Laman sesawang SKMM juga turut cuba digodam namun gagal... Walau bagaimana pun pihak polis berusaha untuk mencari dalang di sebalik serangan yang dilakukan... Adakah serangan ini adalah dilakukan oleh rakyat Malaysia atau hanya penyamar yang dilakukan untuk menyembunyikan identiti sebenarnya... Jadi berhati-hati lah dengan jenayah siber yang sedang banyak ibarat cendawan tumbuh selepas hujan..