Cari suara GOOGLE kini dalam BAHASA MELAYU

on Sabtu, 16 April 2011


GOOGLE mengumumkan carian suara Google dalam versi Bahasa Melayu, yang sebelum ini hanya terdapat dalam bahasa Inggeris, bagi membantu carian lebih cepat dengan hanya menyuarakan apa yang diinginkan pada telefon pintar daripada menaip.

Lebih 31.5 juta pelanggan telefon bimbit, tahap penembusan adalah sebanyak 108.8 peratus dan jumlah telefon pintar untuk dua daripada lima telefon yang dijual pada 2010, telah menunjukkan pertumbuhan besar dalam jumlah permintaan carian melalui telefon, berbanding komputer. Menggunakan aplikasi mudah alih Google, pengguna kini lebih mudah melakukan pencarian ketika mereka di mana jua dengan hanya menekan butang mikrofon dan bercakap terus ke telefon dalam Bahasa Melayu atau salah satu daripada 19 bahasa lain yang terdapat dalam carian suara Google. Pengurus Produk Google Asia Tenggara, Andrew McGlinchey berkata, pelanggan carian suara Google adalah pengguna telefon sebagai cara utama untuk mengakses web, dan penting untuk membantu carian mudah alih untuk apa jua peranti atau bahasa yang digunakan.

"Suara adalah cara yang paling penting untuk berinteraksi dengan telefon, lebih cepat dan lebih mudah daripada menaip pada skrin sentuh kecil atau papan kekunci," katanya. Pengguna tidak perlu untuk memuat turun perisian suara khusus bagi menggunakan carian suara. Carian suara dalam Bahasa Melayu ini adalah kombinasi daripada teknologi pengenalan ucapan Google. Untuk membina carian suara ini, Google mengajarkan komputer memahami suara dan kata-kata yang membentuk bahasa lisan dengan berkerjasama dengan penutur asli untuk mengumpul contoh model ucapan bagi membantu memperkuatkan perkhidmatan.

Manakala, untuk Bahasa Melayu, Google berkerjasama dengan sukarelawan mahasiswa tempatan untuk mengumpul sample yang kemudian diintegrasikan ke dalam model bahasa.Carian suara kini boleh didapati untuk telefon Android 2.1, 2.2, dan 2.3, iPhone dan Blackberry, menerusi m.google.com.my/voicesearch.

Blackberry



Android




iPhone
Ranking: 5

Lain-lain cerita yang menarik:-



Comments
0 Comments

{ 0 ulasan ... read them below or add one }

Catat Ulasan