Sejarah Kanta Lekap

on Ahad, 17 April 2011

Salam buat semua pembaca setia ZF.....

Hari ini ZF nak berkongsikan dengan anda mengenai sejarah Kanta Lekap.
ZF terfikir nak tulis ni sebab tgk ramai kawan-kawan ZF pakai Kanta Lekap ni.
Mari selami sejarahnya.........


Sepasang Kanta lekap



Kanta lekap

Idea mencipta sebuah kanta kecil yang boleh digunakan di mata difikirkan kumpulan sainstis dan bijak pandai sejak kurn ke-16. Ia sebenarnya buah fikiran artis terkenal Itali, Leornado da Vinci. Beliau melukiskan model sebuah alat air yang dipakai dan digunakan di mata untuk memperbaiki penglihatan seseorang
Kanta lekap yang pertama dicipta pada tahun 1880 oleh seorang sainstis Switzerland bernama A Eugene Fick. Kanta beliau dicipta menggunakan teknik tiupan dan memenuhi keseluruhan mata pemakainya(macam mana erk xdapat bayangkan la..hrm). Ia hanya boleh dipakai beberapa jam sehari kerana sangat tidak selesa. Pada tahun 1947, seorang warga Amerika Syarikat bernama Kevin Touhy mencipta kanta diperbuat daripada plastik yang hanya menutup bahagian kornea mata. Sementar itu, kanta lengkap lembut moden direka seorang ahli kimia dari Republik Czech, Otto Wichterle dan pembantunya Drahoslav Lim yang yang juga pencipta gel pertama digunakan untuk pengeluaran mereka.

Kanta lekap biasanya digunakan untuk tujuan pembetulan sebagai mana seperti cermin mata, tetapi ia lebih ringan dan ia tidak kelihatan. Dianggarkan 125 juta orang menggunakan kanta lekap diseluruh dunia termasuk 28 hingga 38 juta di Amerika Syarikat dan 13 juta di Jepun.


Nantikan Tips untuk membersihkan kanta lekap
Ranking: 5

Lain-lain cerita yang menarik:-



Comments
2 Comments

{ 2 ulasan ... read them below or add one }

End Wan berkata...

cepat update pasal tip k.. nak tw sbb sy pon pkai kanta lekap.. haha.. tp, tw nk bersihkan cm ner.. =_=


17 April 2011 pada 4:19 PTG
ZF berkata...

tnggu besok ye....


17 April 2011 pada 4:43 PTG

Catat Ulasan