Cikgu Shida cetus Fenomena

on Selasa, 10 Mei 2011

السلام عليكم

Hari ni ZF nak berkongsikan sedikit tentang artikal dari surat khabar Sinar Harian mengenai Cikgu Shida.... Cikgu Shida masuk surat khabar tu.... Mesti korang kenal sape tu Cikgu Shida kan... Jom kita tengok ape yang ditulis dalam tu...(ZF salin balik tau bukan senang...huhuhu).


Idea gila-gila Cikgu Shida atau nama sebenarnya Roshida Abd Aziz, 39, bermula sejak Ramadan tahun lalu. Fenomena mula tercetus apabila miming lagu  ‘Selamat Hari Raya’ dendangan Rahimah Rahim dimuat turun melalui laman web Youtube.
Sejak itu, Cikgu Shida mendapat cemuhan segelintir pihak yang tidak menyenangi karyanya itu dan menganggap beliau gila serta mempunyai masalah mental. Malah ada yang mempertikaikan kredibilitinya sebagai seorang guru. Namun, Cikgu Shida tetap meneruskan minatnya itu sehingga diterima dan mula mendapat perhatian ramai.
Bermula sekadar suka-suka, akhirnya ia mula mendapat perhatian lebih sejuta pelayar internet yang ingin menonton hasil ‘kerja gilanya’ itu. Miming lagu ‘Kalau Berpacaran’ nyanyian Suhaimi Mior Hassan dan Ana Raffali berjaya menaikkan lagi nama Cikgu Shida di mata masyarakat, sekali gus mencipta fenomena baru luar biasa.





CIKGU SHIDA TERIMA TAWARAN BERLAKON
Menyusuri latar belakangnya, Cikgu Syida, dia adalah anak perempuan tunggal pasangan pesara tentera, Abd Aziz Shafie, 73, dan Latifah Ramli, 63. Dia membesar dalam lingkungan adaik beradik lelaki menyebabkan jiwanya lebih suka pada cabaran dan tidak mudah tunduk pada tekanan.
Ternyata, percubaan luar biasa itu melonjakkan namanya sebagai ‘artis’ baru paling terkenal di Internet dan berjaya menarik pengunjung dalam dan luar negara. Malah, klip video miming beliau itu turut menarik hamper 10,000 ahli daripada pelbagai bangsa dan keturunnan termasuk dari luar negara seperti United Kingdom, Amerika Syarikat dan Australia melalui ‘Fan Page’ (laman  peminat) yang dibina dua bulan lalu.
Kerjayanya turut mendapat pengiktirafan apabila penyanyi tersohor Negara, Siti Nurhaliza menjemputnya sebagai tetamu khas dalam program bersama syarikat penyiaran Astro, baru-baru ini. Malah, rezekinya juga melimpah ruah apabila ditawarkan berlakon dalam sebuah telemovie yang bakal memulakan penggambaran tidak lama lagi, selain menjada model iklan.

Jom layan jap video dari beliau....






Tolong vote ZF yer untuk Blogger of the Year... Tekan gambar tu yer untuk undi....














Ranking: 5

Lain-lain cerita yang menarik:-



Comments
3 Comments

{ 3 ulasan ... read them below or add one }

Cik Angah berkata...

wow...terbaik 2...hehehe...hebat


10 Mei 2011 pada 12:43 PTG
dilazfamily berkata...

mula-mula dilaz buka you tube dia ingat org berbeza.tak sangka org yang sama
hebat kan dia ada minat cam tu


10 Mei 2011 pada 5:30 PTG

Catat Ulasan