Jika Korang Sesat.

on Ahad, 8 Mei 2011

السلام عليكم

Katakanlah satu hari korang ikut satu ekspedisi masuk dalam hutan. Tiba-tiba korang tertinggal dari kumpulan dan sesat seorang diri. Apa yang korang nak lakukan? Cuba ikut langkah-langkah yang ZF berikan ni dan mungkin korang akan berjaya keluar dengan selamat.



1.  Pastikan korang cari sungai sebab sungai selalunya mengalir keluar dari hutan. Jangan pulak korang buat sungai sendiri kerana korang bukannya seekor raksasa yang boleh kencing sehingga bertan-tan air.



2. Jangan cuba-cuba bertanya arah pada binatang liar di hutan kalau tak nak jadi hidangan makan malam diorang melainkan diorang pernah menuntut di institut pengajian tinggi.



3.  Ikut arah kompas dan sentiasa berjalan mengikut arah yang ditetapkan. Pastikan korang ikut kompas dan bukannya jam pencatat masa yang digunakan dalam acara larian pecut tu yer?



4. Jika hari sudah malam, cari ranting-ranting kayu dan hidupkan unggun api sebagai langkah mengelakkan dari binatang buas. Jangan pulak korang bantai menari dayak kat depan unggun api lepas tu!



5. Sentiasa memohon perlindungan dari Tuhan dan bukannya sekadar memasang lagu-lagu mp3 Raihan je. Binatang buas dengan jembalang dalam hutan tu bukannya takut dengan lagu Raihan.

p/s: mungkin korang rasa lawak tapi dalam lawak tu ada manfaatnya satu hari nanti...
Ranking: 5

Lain-lain cerita yang menarik:-



Comments
1 Comments

{ 1 ulasan ... read them below or add one }

Blog User berkata...

Berguna.saya suka aktiviti masuk hutan.mana tau satu hari nanti nak diuji, boleh jadi petunjuk :)


9 Mei 2011 pada 10:26 PTG

Catat Ulasan