السلام عليكم
Menjadi jurujual itu tak perlukan sijil setinggi gunung? Itu betul tapi tak bermakna kredibiliti seorang jurujual tu terlalu senanag diukur. Jadi jurujual pun kena ada kriteria tertentu, abang kakak oii!! Ingat main terus jual je ke??
1. Senyuman tu yang paling penting sekali. kalau nak menjual barang tapi buat muka macam ahli gusti profesional, jangan kata orang, belalang pun malas layan.
2. Petah bercakap. Mempunyai mulut yang mampu tak mampu ditutup melainkan hanya masa tidur sahaja.
3. Berketerampilan kemas dan bergaya. Kalau korang jual barang tapi pakai baju pagoda, silap-silap orang terus lari pasal ingat korang ni ceti haram.
4. Bijak menyusun strategi pemasaran untuk menarik pembeli untuk membeli barangan korang dan bukannya membeli pistol untuk menembak korang.
5. Sedia untuk dihalau dan dimaki. Itu sememangnya lumrah seorang jurujual. Kalau tak tahan kena macam tu, lagi baik korang pergi bela tenuk.