Fobia selebriti HOLLYWOOD part 2

on Selasa, 7 Jun 2011

السلام عليكم

Menjadi seorang selebriti dan sangat terkenal di dunia Hollywood adakalanya tidak menjamin kebahagiaan diri masing-masing. Setiap seorang selebriti di sana mempunyai ketakutan masing-masing terhadap sesuatu terutamanya seperti peminat yang keterlaluan ataupun pengendap. Tapi itu semua masalah yang nyata namun ada juga antara selebriti-selebriti ini yang mempunyai fobia kearah sesuatu yang lain. Nak tahu apa yang mereka takutkan sangat??? jom kita baca....


KIM BASINGER
Kalau ramai orang mempunyai rasa takut terperangkap dalam bilik yang kecil, gelap dan sempit. Berlawanan pula dengan artis ini. Kim Basinger mengalami 'agoraphobia' iaitu ketakutan kepada ruang yang terbuka. Orang-orang yang menderita fobia ini kebiasaannya mempunyai rasa malu yang amat sangat dan selalunya sentiasa mahukan waktu bersendirian malahan itu jugalah yang terjadi kepada KIM apabila dilaporkan oleh majalah People bahawa beliau terpaksa berada di rumahnya selama lima bulan tanpa keluar ke khalayak umum akibat fobianya itu.


CHRISTINA RICCI
Artis kecik molek ini pula tergolong dalam golongan yang bermasalah 'botanophobia' iaitu ketakutan kepada tumbuh-tumbuhan dalam rumah. Menurutnya, dia menganggap tumbuh-tumbuhan itu sebagai kotor dan ia sangat menakutkan dirinya. Jadi tidak hairanlah kalau kat rumah dia takde taman ataupun laman yang dipenuhi tumbuhan yer...


MATTHEW MCCONAUGHEY
Mamat yang nampak sangat macho dan selalu gemarkan aktiviti lasak ini pun ternyata tidak lepas daripada mempunyai ketakutannya yang tersendiri. Beliau dikatakan mempunyai fobia kepada terowong ataupun pintu yang berpusing dan katanya lagi setiap kali dia melihat pintu yang berpusing, dia akan terus menjadi resah gelisah.


Sambungan untuk PART 3 klik SINI
Nak baca untuk PART 1 klik SINI
Ranking: 5

Lain-lain cerita yang menarik:-



Comments
2 Comments

{ 2 ulasan ... read them below or add one }

Selangor Mykids Soccer berkata...

setakat ni aku xde lagi phobia hihihi..alhamdulilah.


8 Jun 2011 pada 10:52 PG

Catat Ulasan