Crypteks USB, Penyimpan data paling selamat

on Jumaat, 23 Disember 2011

Assalamualaikum,

Melindungi data peribadi atau sulit pada USB sentiasa menjadi masalah buat semua. Mujurlah Kini terdapat beberapa software telah dicipta untuk melindungi data yang berada didalam USB. Tetapi kali ini ZF nak tampilkan kepada korang USB yang paling selamat untuk melindungi data didalamnya. USB ini dikeluarkan oleh syarikat Kickstarter.


Tidak seperti pemacu USB yang lain di pasaran, Crypteks USB dilengkapi dengan dua lapisan keselamatan yang menggabungkan 2 fungsi iaitu penyulitan digital(Software) dan kunci fizikal untuk pemacu USB anda. Kunci fizikal dimeterai silinder aluminium anodized yang mempunyai lima cincin dengan huruf,. Untuk mengeluarkan USB dari kesemua cincin itu, anda harus memusingkan cincin untuk masukkan kata laluan yang betul.


Bagi penyulitan digital pula, ia akan disulitkan menggunakan 256-bit AES hardware encryption  yang kini digunakan oleh kerajaan AS.


Crypteks  USB pastinya boleh menyimpan data-data yang sulit dan peribadi dengan lebih selamat, hasil gabungan dua ciri-ciri keselamatan ini. USB ini boleh didapati dalam 3 saiz iaitu 4GB, 8GB pada harga 130 USD dan 16GB pada harga 160 USD.








--->klik sini untuk Review IPhone 4s <---
--->Dapatkan Kaspersky Internet Security 2012 hanya RM27 sahaja<---
--->Mari serta komuniti forum paling tersentap diMalaysia di Sentap.net<---
---> MahukanSamsung Galaxy W lihat sini dahulu<---
--->Jana pendapatan sampingan dengan churpchurp<---
Ranking: 5

Lain-lain cerita yang menarik:-



Comments
2 Comments

{ 2 ulasan ... read them below or add one }

MalizaMah berkata...

wow..... suka gadget2 unik mcm ni.....


24 Disember 2011 pada 5:35 PTG
ZF berkata...

@Alieza Dayasari: nnti sya post lagi gadget2 macam ni...


24 Disember 2011 pada 5:53 PTG

Catat Ulasan