Satu butang untuk selamat dari diculik

on Jumaat, 6 April 2012

Assalamualaikum,



Sejak kebelakangan ini, kecoh mengenai kes culik yang nampak membimbangkan sehingga ada yang mengakibatkan kematian tragik. Ia sememangnya ketentuan Tuhan tapi kita juga boleh berusaha sedaya upaya mencegah selagi mampu.

Teknologi juga boleh membantu sekurang-kurangnya mengesan kedudukan orang yang hilang dengan inovasi tertentu yang seakan sama dengan GPS, cuma ia lebih kecil. Setakat ini, ada 2 produk yang berada di Malaysia seperti produk Never Alone yang dikeluarkan Xtend Services Sdn Bhd dan KiddyTrack hasil usahasama dengan Maxis Berhad.

Never Alone boleh mengesan pergerakan individu menggunakan teknologi GPS dengan reka bentu kecilnya memiliki dua butang saja iaitu C untuk menghubungi pusat panggilan yang beroperasi 24 jam atau SOS dengan menyambungkan peralatan berbentuk butang kawalan kenderaan kepada pihak tertentu apabila nombor sudah ditetapkan.

Setakat ini, ia hanya menggunakan rangkaian telekomunikasi GSM untuk memudahkan mendapat liputan yang meluas serta mampu mengelak panggilan daripada terputus. Never Alone juga akan bertindak macam telefon bimbit di mana anda pun boleh bercakap terus dengan operator pusat panggilan sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini menerusi satu butang khas (butang B).

Selepas butang ditekan, ia akan mengaktifkan peralatan Never Alone yang dikesan menerusi satelit sebelum menghantar SMS ke pusat panggilan mengenai keadaan pemanggil.

Lebih menarik, ia bersesuaian untuk semua peringkat umur termasuk kanak-kanak kerana ia sangat-sangat mudah digunakan dan anda mengambil masa yang ringkas untuk mengajar mereka menggunakannya sebab ada tiga butang saja yang perlu ditekan bersesuaian dalam keadaan panik dihadapi serta boleh pula digunakan di luar negara.

Dengan bateri sehari suntuk, ia memungkinkan peralatan tersebut mengesan magnitud dan longitud penggunanya di mana saja mereka berada di samping merekodkan lokasi pada setiap 10 minit.

Satu lagi produk iaitu KiddyTrack pula, menggunakan perkhidmatan rangkaian 3G Maxis, iaitu yang terluas di Malaysia, untuk mengesan anak-anak mereka atau orang yang tersayang dengan hanya menghantar SMS.

Dalam masa beberapa saat menerima SMS, sistem tersebut akan menyediakan pengguna dengan sambungan URL peta Google yang menunjukkan lokasi, setepat hingga lima meter dimana kanak-kanak itu dikesan. Apabila tidak terdapat isyarat GPS, maklumat berasaskan sel oleh platform M2M Terurus Maxis boleh menyediakan lokasi anak anda dengan ketepatan radius 50 meter.

Di samping itu, ahli keluarga boleh memantau anak-anak mereka dan orang yang tersayang dengan mudah melalui alat-alat komputer atau telefon mudah alih dengan log masuk ke dalam portal web KiddyTrack. Dalam kes kecemasan, peranti ini juga boleh memberi amaran kepada sehingga lima nombor pra-pasang dengan hanya menekan butang SOS. Kuasa penyelesaian terletak pada keupayaannya untuk mencari orang yang anda sayangi pada bila-bila masa, dari mana-mana sahaja.

Peranti dan teknologi yang disediakan bukan hanya boleh digunakan untuk mencari dan mengesan kanak-kanak tetapi juga untuk memantau lokasi warga tua, pekerja, haiwan peliharaan, kenderaan dan barang-barang berharga yang tertentu.

Penyelesaian M2M Terurus Maxis terdiri daripada pekhidmatan telemetri atau telematik yang menyediakan komunikasi yang lancar antara peranti atau server tanpa wayar melalui SMS, GPRS, 3G atau Circuit Switch Dial-Up (CSD); tanpa memerlukan input pengguna.

Kedua-duanya mempunyai cara guna asas yang mudah:
Tekan butang
Isyarat akan dihantar ke pusat
Amaran akan dikeluarkan dan lokasi akan dikesan

Cuma, harga bagi kedua-dua produk ini sekarang agak mahal. Pengguna perlu melanggannya secara bulanan dan mungkin ada yang tidak mampu jadi perlu penyelesaian bagi memastikan ia boleh digunakan seluruh masyarakat ketika waktu kecemasan. Jadi, jalan perlu dicari supaya harganya boleh dimurahkan.

sumber asal: yahoo.com
Ranking: 5

Lain-lain cerita yang menarik:-



Comments
1 Comments

{ 1 ulasan ... read them below or add one }

Umie Naziera berkata...

bagus benda nie tapi mahal la puleks


6 April 2012 pada 12:42 PTG

Catat Ulasan